nuff

Friday, 28 July 2017

AIDILFITRI 2017

Raya dah habis lama baru nak hupload entry..Actually banyak perkara yang berlaku dan tak dijangka berlaku dalam bulan Syawal tahun ini..Nanti aku citer next2 entry. Nak diikutkan tahun ni giliran beraya kat Seremban tapi tetiba En Suami ajak balik Kuantan. Maka tersenyum lebarlah sambil mengemas baju2 dan barang2 yang nak dibawak. Terkejut jugak famili kat Kuantan sebab aku kata beraya kat Seremban dulu..Raya kat mana ni sebenarnya sama je...tapi bila emak dah tak ada ni rasanya kenalah amik tanggungjawab jugak sediakan apa yang patut di hari raya. Terima kasih En Suami...sebab faham dengan situasi saya.
Akhirnya kami sedondon di pagi raya

 Hampir lengkap..Famili Abg Long petangnya baru sampai
 Amboii..En Suami...riang sungguh nampaknya..


Tahun ni dapat beraya dengan Saheizy Seng...tahun lepas dia bertugas di hari raya. Doakan yang baik2 untuk adik2 saya...terutama buat adikku sayang yang bakal melangkah ke fasa yang lebih baik. Alhamdulillah...

 Raya ke 3 baru keluar beraya sebab raya ke 2 ada yang sakit perut. Aku syak makan rendang kot sebab santan yang beli tu tak berapa cantik..I is terselamat sebab tak makan sangat. 
  Lengkap juga Mustafa's Clan di hari raya ke 3. Senyum lebar Abah tengok semua anak, menantu dan cucu ada depan mata.

 Alhamdulillah...raya pada aku lebih kepada penyatuan kembali adik-beradik setelah masing2 sibuk bekerja sepanjang tahun. Masa nielah nak berborak panjang, kutuk-mengutuk, berebut2 bilik air, berebut2 makan...tidur berhimpit..yang paling penting dapat happykan Abah..
Akhir kata dari Pn Blog dan En Suami..Sori sangat sebab tak sempat nak raikan kawan2, jiran2 dan yang seangkatan dengannya. Memang dah plan nak buat open house tapi perancangan Allah SWT itu lebih baik dan di luar kawalan kita. Tanggal 18 Jul 2017 bersamaan 24 Syawal bapa mertua saya telah kembali ke pangkuan Penciptanya..Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh...Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin..