nuff

Tuesday, 3 January 2017

SUKANEKA JPNS

Hampir 4 tahun menjadi warga JPNS, inilah kali pertama kot diadakan sukaneka kat opis aku nie. Seingat akulah...tapi dengar2 cerita dulu2 pernah buat jugak. Kali nie dibuat kat padang sekolah SMK King George V.
Acara dimulai dengan senamrobik..Excited masing2..aku nak join memang taklah bila dah bercampur lelaki dan perempuan nie. Almaklumlah biasa join kelas fitness tertutup yang semua ladies kan..
Lebarnya muka Pn Blog
Ahli AKRAB yang bertugas sebagai AJK dan Pengadil. Thanks u olls..
Rumah Biru @ Sintar. Nama rumah berdasarkan nama burung katanya. Aku pun tak sure nama2 burung yang pelik2 nie.
Rumah Hijau @ Rimba

Rumah Kuning @ Pekaka
Rumah Merah @ Sewah

Acara yang pertama..Susun batu-bata. Kelakar je bila tengok orang tua bersukan. Gelak je lebih dahtu banyak pulak muslihatnya. Masing2 nak menang kan.

Guest artis hari tu..Amelina..Oklah kan dari takde

Antara hadiah-hadiah yang disediakan untuk pemenang termasuk acara  cabutan bertuah. Berbaloi usaha akak menyusun2 hadiah dapat jugak tangkap 1 hamper.

Akak ditugaskan untuk catat markah kat board



Acara yang seterusnya akak dah penat nak amik gambar. Tengah panas ooiii..
Acara penutup..tarik tali




Tunggang-langgang masing2..


Juara keseluruhan pada hari itu ialah Rumah Sintar
Kesian takde kawan..Sorang2 pun boleh..
Secara keseluruhannya memang best cuma kurang penyertaan dan sambutan dari warga JPNS. Mungkin boleh dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.
Hangus muka anak Ibu seharian berkampung kat padang. So malam tu upah dia bawak gi makan sedap2. Lenkali boleh teman Ibu lagi.