nuff

Wednesday, 1 November 2017

15TH ANNIVERSARY

Rindu nak menulis...tapi kekangan masa tu kadang2 membataskan jugak apa yang telah dirancang. Kebelakangan ni rutin harian dah banyak berubah dan totally sangat berubah. Memang kadang2 ada jugak terasa hati..penat..tapi aku kuatkan jugak diri mengharungi hari2 yang mendatang. Jangan serkap jarang tau...No..no..no...Alhamdulillah aku ngan En Suami okey je.Baru je sambut anniversary yang ke 15 tahun pada 15 September hari tu. 

Memang dalam kepala ni plan nak buat banyak benda..tapi dalam keadaan sekarang ni aku tak boleh ikut kehendak hati sangat sebab En Suami masih sibuk memantau kerja2 renovation rumah Mak. Tulah bajet mula2 mmg nak buat sikit2 je..Tapi bila check sana sini baru perasan ada yg bocor, ada kayu yang dah reput..Nak tak nak dan untuk keselamatan bersama eloklah repair sekali harung kan...Aku pun taknak request lebih2 untuk anniversary kali ni sebab sedang berusaha untuk memahami kesibukan En Suami. Tapi Alhamdulillah En Suami faham2 jek lalu mengajak isterinya ke Kuala Pilah..Ada apa di Kuala Pilah?? Tu kena tanya orang Negeri Sembilanlah. Terus terubat duka lara di hati. Untuk kali nie jelah.

So cuma pergi makan2 je kat  Cowboy Steak House, Senawang. Tapi katanya takde kek. Susah jugak bila En Suami dah set kat kepala mesti ada kek kalau birthday ke, anniversary ke...Takpe kek lain kali jek kita beli. Lagipun weekday, esok anak nak sekolah so malaslah nak  pergi tempat jauh2..Takut terbabas bangun pagi ..janji keluar makan bersama sudahlah...Saya pandang muka awak...awak pandang muka saya...Baru je feling2..acah2 romantik...Anak2 dah berdehem...tergelak2.....Spoil betul..
Dia ni bawak makan mana2 ikut je...Mengorder macam2 tapi makan tak pernah habis. Cuma abang je yang susah sikit. Mesti nak cari nasi jugak..
Lamb chop dia banyak..Tapi kalau well done mesti lagi sedap..ni nampak sikit sebab dah banyak masuk perut.
Nak makan pun tak senang. Masing2 sibuk nak bergambar..Alhamdulillah, 2 orang cahaya mata yang Allah amanahkan  buat masa sekarang. Masa akan datang belum tau lagi.


Dear En Suami,

Hampir 15 tahun hidup berumahtangga, macam2 kisah suka dan duka telah kita lalui bersama. Dari zaman naik motor ke hulu ke hilir sampai anak sorang pun kita masih macam tu. Duduk pula rumah sewa yang pintu dapur pun dah tinggal separuh. Gigih kita duk repair rumah buruk tu sampai jadi cantik. Kita cat..kita repair...Perut dah memboyot pun gigih gunting kain atas lantai sendiri nak buat langsir punya pasal. Dengan tv pun letak atas lantai...duk bersila je kita tengok tv sambil berbuka puasakan. Pastu berdikit2 beli barang2 rumah, selesalah sikit hidup kita. Walaupun beli sofa kat courts bayar tiap2 bulan. Pastu terus rasa serik nak berhutang. Pakailah apa yg ada...janji tak terikat dengan hutang. Dan yang penting kita tak meminta2 dengan orang untuk keselesaan hidup kita.

Alhamdulillah ada ganjarannya untuk org2 yang sabar. Betullah kata orang anak itu pembawa rezeki. Sedikit demi sedikit hidup kita mulai berubah. Awak dapat jawat jawatan yg sesuai dengan kelulusan awak. Bukan senang2 nak dapat jugak kan. Sebab kena panjat HQ, panjat SPA semata2 nak dapatkan interview tu jugak sebab awak cakap kalau dah tersenarai utk interview tu dah macam confirm dapat kerja tu. Dan yang saya paling respek awak ajak sekali kawan2 awak yg layak utk sama2 pergi interview. Alhamdulillah jugak...akhirnya awak dan kawan2 awak yg lain berjaya. 

Dan finally saya pun dapat jugak kerja kerajaan walaupun terpaksa pergi interview masa berpantang 2 minggu. Dalam usia rumahtangga yang masih baru, kita dah mampu beli kereta dan rumah. Terima kasih buat Mak Abah awak...dan Ma Abah saya sebab tak pernah desak dan masuk campur dalam urusan rumahtangga dan secara tak langsung kita mencorakkan sendiri kehidupan dan rumahtangga kita. Kalau nak throwback balik apa yg dah kita lalui memang tak tertulis kat sini. Cukuplah kita je yang tahu apa yang pernah kita lalui sebab rumahtangga kita pun tak sempurna jugak..Bermasam muka, sentap2, angin kus2 jugak kadang2 kan..Betullah kata orang pengalaman itu mematangkan kita..

Terima kasih En Suami kerana sentiasa ada di sisi saya di saat suka mahupun duka, di kala susah maupun senang. Terima kasih sebab sentiasa berusaha untuk membahagiakan dan memberikan yang terbaik untuk saya dan anak2. Terima kasih sebab menyayangi dan menyintai saya seadanya. Semoga ikatan cinta yang terjalin erat ini berkekalan untuk selamanya dan semoga rumahtangga kita sentiasa diberkati dan dalam lindungan Allah SWT..AMIN...

Friday, 15 September 2017

HAPPY 11TH BIRTHDAY SYIRA

Salam Aidiladha..lama benar cuti badan lemau je. Nak kerja pun malas. Tapi memikirkan cuti pun tak berapa nak banyak gagahkan jugak diri pergi kerja. Raya pergi mana?? Aku raya kat Seremban je kali nie memandangkan famili En Suami masih bersedih dan kebetulan pulak famili kak Ngah buat korban..Tambahan pulak En Suami yang senantiasa sibuk dengan tugas2 khas beliau semenjak dua menjak nie. Isteri sendiri pun susah nak bertentang mata. Tahun ni first time sembahyang raya kat kg En Suami. Biasanya sembahyang kat surau area rumah je. Bergenang jugak airmata dengar takbir raya sebab terbayang2 video bapa mertua bertakbir masa Aidilfitri hari tu. Tempat yang sama cuma masa yg berbeza je. 

Syawal hari tu memang plan nak buat open house dan birthday Syira sekali. Tapi perancangan Allah lagi hebat dari perancangan manusia kan. Syira pulak request nak buat bbq masa birthday dia. Hari Isnin okay...dahlah aku pun kerja. Sapalah nak uruskan semua benda..nak masak dan sediakan apa yg patut jugak. Takkan nak makan kek je kan. Puas duk pujuk buat masa weekend, tapi rundingan gagal. So En Suami minta kawan dia sediakan bahan2 utk bbq..nanti bayar ajelah. Aku memang awal2 dan surrender..

Tapi itulah kan...dalam pada cakap taknak masak apa2 tu sempat juga selit makanan yang lain jugak. Takkan nak makan ayam, daging n kambing semata. So paksa jugak diri masak nasi lemak, buat coleslaw, goreng wedges sikit..terus terasa hebat sangat. Maklumlah balik kerja baru nak cari barang2...pastu nak kemas2 sikit..sediakan itu ini. Dahlah aku masak sorang2...rasa nak pitam jugaklah.
Rajin pulak memasing2...berebut2 nak menolong.
Buat kat rumah mak je sebab time nie turn tidur rumah mak. Rumah memang tengah bersepah sebab renovation still in progress. 

Mintak tolong Pak Long bakar sebab bab2 ni dia mmg terror.
Tempat bakar pun guna je apa yang ada. Cuma jaring je beli baru. Selalu beli tempat bakar2 tu...tapi sekali pakai terus buang. So kali nie janganlah membazir ya.
Tak sempat nak snap gambar makanan

Gigih birthday girl snap gambar makanan dia. Walaupun tak menarik kita post jugak dalam entri.
Birthday surprise delivery from IG:Belon Seremban. Pagi order malam sampai ke  tempat dan masa yang diminta. 
Orang lain pulak yang terover excited
Kek pun beli yang dah siap je. Tak sempat nak order as per request. Lebih kepada memenuhi citarasa En Suami.

Tahun nie dah 11 tahun dah..Cepat betul masa berlalu. Alhamdulillah senang uruskan dia dari kecik sampai besar. Ibu senantiasa doakan yang terbaik untuk anak2 Ibu..jadilah anak yang dapat membanggakan serta membahagiakan Ibu dan Ayah dunia akhirat. Amin...HAPPY 11TH BIRTHDAY NUR IZZATI SYAHIRAH BINTI SAHARUDIN.



Wednesday, 30 August 2017

OUR 39TH BIRTHDAY

Bersiaran lagi walaupun lately busy dan penat sikit. Tak habis berkejaran ke sana sini. So emosi pun macam roller coaster jugak...kadang2 ok...kadang2 ke laut jugak. Hmmm...entahlah..Sibuk nak jaga hati orang sampai hati sendiri pun entah orang peduli ke tidak.  So sebelum aku merepek2 benda2 yang tak sepatutnya mehlah layan gambar2 lama jugak. Lama terperap sampai lupa nak publish..
Disebabkan kekangan masa baru dapat sambut birthday En Suami bulan April yang lalu bersekali birthday Pn Blog pada Mei yang lepas. Takdelah sambut beria jugak sebab cuma pergi makan2 aje..Order kek pun sepotong sorang siap tapau sebab tak habis makan pun.

Harta dunia akhirat yang ada. Ni pun macam roller coaster jugak. Banyak bercakar dari berbaik macam nie..Lakonan semata2 nie.
Makan kat Resipi Rahsia ni mmg mahal sikit. Tapi berbaloi2...nak muntah kekenyangan. Tu yg kek 2 slice pun tak terhabis nak makan.



Terima kasih jugak atas ucapan dan doa kalian buat sis kat fb n wassap. Sorry tak sempat nak balas satu2..tapi semuanya sis baca walaupun ada yang sesetengahnya sis tak kenal pun. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan berada dalam lindungan kasih sayang Allah selamanya..Amin...







Tuesday, 15 August 2017

SURAT UNTUK ABAH..

Dah hampir sebulan Abah (Mertua) pergi. Masih tak percaya yang Abah dah pergi untuk selama2nya. Bila diingat2 balik malam semasa Abah sesak nafas tu..Terbayang2 depan mata malam tu keadaan Abah masa dalam kereta. Mengaduh2 dan berpeluh2 menahan kesakitan. Sempat jugak Aiman urut2 belakang Abah. Abah marah2 sebab Abah dah tak tahan sakit. Hati rasa lain macam sangat tengok keadaan Abah malam tu.

Pukul 5.00 pagi En Suami call. Rasa lega sikit sebab sebelum ini 2 kali jugak Abah sesak nafas sebab alergik ubat tapi lepas tu Abah ok. Selalunya kul 4 pagi Abah dah naik ke wad. Tapi hari tu lain..En Suami cakap Abah still kat zon merah sebab keadaan Abah tak stabil. Doc masih duk pantau Abah sebab  keadaan Abah lemah. En Suami suruh uruskan anak2 sekolah dan keja sendiri sebab dia tak dapat nak balik.

Pukul 10 lebih, En Suami bagitau Doc nak tidokan Abah. Jantung Abah lemah dan tak dapat mengepam sendiri. Patutlah Abah susah nak bernafas..Rupa2nya paru2 Abah dah dimasuki air. Doc nak sedut air dalam paru2 Abah. Tak sangka pulak keadaan Abah macam tu. Sebab semalam Abah sendiri masuk berjalan ke zon merah. Tak sempat pun orang nak papah. Abah kan selalunya kuat...Kenapa kali ini Abah mengalah...

Pukul 3 En Suami call. Hampir tak kedengaran suara anak lelaki Abah. Abah mungkin dah tak ada katanya. Doc tengah buat cpr. Ya Allah...Dua kali Doc cuba..tapi lepas tu Angah meluru masuk suruh Doc stop. Mak tak izinkan..tak mahu Abah rasa lebih sakit dan terseksa. Cepat betul Abah pergi...Padahal Mak, anak2 Abah dan adik2 Abah baru je turun untuk solat Zohor lepas tengok Abah dah stabil sikit. Hanya En Suami je yang ada di sisi Abah masa Abah pergi. Dan hanya En Suami yang dapat bercakap dengan Abah buat kali terakhir pukul 5 pagi tu. Dan yang pasti anak lelaki Abah tu akan ingat sampai bila kata2 terakhir Abah..."Din...Abah haus"...

Cucu2 Abah semuanya menangis Abah, sampai orang sekeliling tertanya2 siapa yang meninggal. Dari lif sampai ke bilik mayat mereka mengiringi Abah dengan tangisan. Abah memang Atuk yang garang...tegas..tapi dalam garang dan tegas Abah semuanya bersebab. Abah nak anak2 dan cucu2 Abah berilmu dan berjaya dalam hidup. Abah dulu pernah susah...Dalam 1 hari macam2 kerja Abah buat. Abah taknak anak2 cucu2 Abah alami nasib yang sama  macam Abah.

Alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusan Abah. Nida tunggu Abah kat rumah je. Uruskan apa yang patut. Lagipun kat rumah tu tengah bersepah, memandangkan tengah renovation. Tak sangka itu hajat terakhir Abah. Nak repair rumah..nak repair bumbung..Abah cakap nanti kalau Abah takde taklah Mak basah kalau hujan. Nak buat bilik kat depan..Nanti kalau anak cucu datang Abah dan Mak boleh intai je dari tingkap bilik. Abah cakap Abah pun nak rumah yang cantik jugak. Memang pelik jugak sebab sebelum ni Abah memang susah nak keluar duit. Selagi boleh buat sendiri memang Abah akan buat sendiri je. Abah bukan kedekut tapi berjimat cermat. Sebab Abah tau susahnya nak cari duit. Sebab tu jugak kalau kami boros..Abah bising2..bising Abah semuanya bersebab.

Ramainya orang yang datang melawat Abah untuk kali terakhir. Dari mula sampai selesai semuanya Allah pemudahkan. Beruntungnya Abah..Tak dapat Nida nak tahan airmata ni Abah. Nak2 bila Mak peluk dan cakap 'Abah kau dah  takde'. Ramai jiran2 dan kawan2 Abah yang datang dan tak percaya yang Abah dah takde. Kalau diaorg pun sukar nak terima berita kematian Abah, apalagi Mak, anak menantu dan cucu Abah. Alhamdulillah...masa Abah sakit2 kaki sebelum ini dapat jugak Nida tengok2kan Abah. Dalam banyak2 anak menantu Abah pilih nak tidur rumah kami. Terima kasih Abah sebab nak bagi kami pahala percuma. Abah memang macam tu. Susah nak datang rumah anak2 kecuali ada hal@hari raya. Tapi memang tahun ni keadaan kesihatan Abah merosot sikit. Dalam tak sihat2 Abah sempat jugak habiskan puasa 6 walaupun kitaorg marah2 sebab gastrik Abah makin teruk. Tak sangka Ramadhan ni..Ramadhan terakhir Abah. 

Tak sangka jugak Syawal kali ni Syawal terakhir Abah. Hati makin sayu bila dapat video Abah bertakbir masa raya hari tu. Banyak perubahan Abah sebelum Abah pergi cuma kami je yang tak perasan. Tahun ni sempat bawak Abah dan Mak berbuka sama2 kat luar. Selalunya Abah tak pernah nak ikut. Tahun ni jugak beberapa kali jugak teman Abah dan Mak berbuka kat rumah. Abah siap2 rendam daging nak suruh Nida masak black pepper. Tapi Abah makan sikit je sebab gastrik Abah buat Abah tak lalu nak makan apa pun. Sedih tengok Abah tak berselera nak makan. Raya kali ni pun Abah sempat beraya semua rumah adik-beradik Abah. Abah cakap asik sakit2 aje tak taulah raya tahun depan dapat datang tak. Seminggu sebelum Abah pergi mmg hati tu rasa lain je. Hari2 nak singgah rumah Mak Abah. Kadang2 tak berborak pun sebab Abah sibuk je dengan kerja2 Abah. Tapi memang Abah nampak penat jee..

Sampai hari ni Mak masih bersedih. Mak cakap Abah pesan kalau Abah takde nanti pangkulah dia sekejap. Kesian Mak...dia cakap tak dapat nak pangku Abah sebab Abah pergi masa Mak takde di sisi. Mak cerita lagi..Abah cakap kalau boleh biarlah Abah yang pergi dulu sebab Abah tak boleh hidup kalau Mak takde. Pecah tangisan anak2 Abah bila dengar Mak cerita macam tu. Nida pun tak terkecuali Abah. Tak dapat kami nak tahan rasa sebak di hati ini.
Terngiang2 kat telinga ni Abah telefon masa puasa hari tu. 'Ida...Mak tanya mana kau beli cadar kartun macam kat rumah kau tu. Mahal tak??' Sweet je Abah kan...sebab tu Mak terasa sangat bila Abah dah tak ada. Apa yang mak nak mesti Abah nak tunaikan..Abah jangan risau...nanti Nida belikan untuk Mak. 

Sekarang pun kami tengah tunaikan hasrat terakhir Abah. Rumah Abah dah 80% cantik dah. Atap yang bocor pun dah ganti yang baru. Bilik depan pun dah nak siap. Mak cakap kalau Abah ada mesti Abah happy tengok rumah dah cantik. Tapi Abah...Nida tau rumah Abah kat sana lagi cantikkan. Lagi selesakan...Allah sayang orang yang baik macam Abah sebab tu Allah amik Abah dulu. Abah jangan risau pasal Mak , kami memang tak dapat nak gantikan tempat Abah. Siapa pun tak dapat nak ganti tempat Abah di sisi Mak. Tapi kami akan cuba senangkan hati Mak...gembirakan hati Mak..Semoga anak2 Abah bersatu hati dan sama2 menjaga kebajikan Abah. 

Abah...Nida minta maaf banyak2 andai sepanjang jadi menantu Abah ni ada kata2, tingkahlaku dan perbuatan yang tak menyenangkan di mata dan hati Abah. Terima kasih kerana menerima Nida seadanya. Walaupun  dulu Abah marah2 sebab cakap Nida tak tau masak. Nida pun tak ambil hati Abah marah2..tegur2 Nida dulu.  Abah selalu tunggu bila raya Nida buat kek buah kukus. Tahun ni memang tak sempat nak buat sebab penat sikit walaupun semua bahan2 dah beli. Tak sangka tak sempat nak bagi Abah rasa. Walaupun rasa bagaikan bermimpi yang Abah dah takde, kami semua pasrah dan redha dengan ketentuanNYa. Bersemadilah dengan aman Abah...Semoga Abah ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman, beramal soleh dan dikasihiNYA. Amin...Al Fatihah buat Abah , Tuan Haji Isa bin Haji Mohd Ali serta tak lupa buat bonda tercinta Pn Che Sarifah Binti Che Abdullah.

18 Julai 2017/24 Syawal 1436H


Syawal terakhir Abah.. Memang susah nak tengok Abah senyum kalau amik gambar.

Sweet je bila Abah tersenyum 


Monday, 14 August 2017

AIDILFITRI 2017 DI JPNS

Jamuan raya Unit Akaun tahun ni  dibuat secara tertutup aje memandangkan sebelum puasa tu dah buat jamuan jugak dan dah jemput unit2 @ jiran2 terdekat. Almaklumlah bajet tahun ni kecik sikit..berjimat cermat memandangkan anak bulan nun jauh tak kelihatan lagi.

Sejuk mata memandang...Presentation tu kena mantap...sedap tak sedap tu lain kira. 
Dan seperti biasa haruslah didahului dengan sesi fotografi. Nanti kalau dah makan gincu dah hilang


Suka pic ni sebab nampak selim. Heater kat opis..kang bila sejuk2 suka peluk Kak Norishah.
Oii..tak habis2 touch up ke??

Last minit baru nak hias opis
Dan sampai hari ni pun dah habis Syawal masih belum bukak2...Nostalgialah sangat kan..
Jejaka2 di Unit Akaun yang sering silih berganti..tapi kuantiti tak lebih dari 3 orang..
Team Biru
Seksyen Hasil dan Amanah
Seksyen Vot
Seksyen Akaun Sekolah
Konsep pot luck jugak

Tempahan khas - Aku join kawan2 tempah laksa. Tak sempat nak masak apa2. 
Dan nasi beriani ditaja oleh Izan Ex-Akaun..Tq Izan...moga murah rezeki kamu...Amin...
Dan sedikit sumbangan kepada Azie atas pemergian adik tersayang pada 29 Ramadhan 1438H. Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Aminnn...




Ni pulak sambutan hari raya peringkat jabatan

Pose wajib tiap2 tahun haruslah ditepi tangga


A part ot us
Kurang rasa kemeriahan sambutan hari raya tahun nie sebab semuanya diuruskan oleh katerer walaupun tahun ni special sikit sebab Timbalan Menteri Pendidikan II Yb Senator Datuk Chong Sin Woon turut hadir.





So, itu ajelah cerita Syawal tahun ini. Nampak nau kemalasan itu.