nuff

Friday, 16 December 2016

WEDDING AZMAN & AMIRA - PART 1

Lama tak muncul tetiba publish entry terus keluar Part 1. Memandangkan akak pun dah tak berapa nak sibuk mehlah akak kembali berblogging dan ini adalah kejadian bulan 10 hari tu.
Tengah sibuk bekerja tetiba adik ipar wassap...'Kak...tolong beli barang untuk buat sirih junjung'..Oklah..suka sangat buat kerja last minit nie. Nasib baik barang hantaran semua dia dah siap tempah kali ni. So task akak kali nie lebih mudahlah ya.
Kalau aku tahu dari awal mmg aku suruh pakai cek je. Risiko wehh duit hantaran bawak cash camnie.
Kakak2 iparku..

Ni kat rumah Pak Teh. Kat Rembau ni banyak sikit adat2nya. Selagi pihak pengantin perempuan tak datang menjemput, pihak lelaki tak boleh terus ke rumah pihak perempuan. Lebih kurang macam tulah..
Saja bawak hantaran yg besar sikit dapatlah cover lemak kan
Debaran sesorang yang bakal menjadi seorang isteri

Masa ni tergelak2 pulak sebab tersalah sebut nama bapa mertuaku sebagai pengantin lelaki
Alhamdulillah...sah setelah 2 kali lafaz dan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan
Strategik betul kedudukan akak hari ni. Betul2 mengadap semua orang termasuk En Suami. Kejap2 dia wassap..Org lain yang nikah..hati dia yang berbunga2...
Penyerahan mas kawin
Sesi pembatalan air sembahyang
Acah2 romantik gitu
Selamat Pengantin Baru buat my adik ipar Man & Mira. Akak dan abang mendoakan semoga rumahtangga yang dibina sentiasa disulami kasih, sayang dan cinta yang berpanjangan hingga ke Jannah. Amin