nuff

Wednesday, 28 December 2016

WEDDING AZMAN & AMIRA - PART 2

Esoknya majlis persandingan diadakan di dewan sebelah pejabat tanah Rembau kot. Ha..ha..faktor usia sangat...semuanya lupa..
Cantiknya kaler ni...


Geng orang bujang...kecuali yang sorang tu tau..

Beratur nak menepung tawar. Aku mmg tak sempat nak beraturlah kan nak2 bila tengok macam2 makanan atas meja
Mak Lang rasa muda semacam bila bergambar dengan gadis2 16 tahun ni


Susah nak tengok Abah senyum kalau amik gambar
MC sampai terpaksa annouce stop dulu sebab ramai sangat yang nak bergambar. Kesian pengantin lapar tapi masih mampu tersenyum.

Memandangkan rombongan pengantin semua dah makan maka Mak & Abah sahajalah di meja beradap.
Dan sebagai menantu yang baik, kenalah teman Mak & Abah sekali lagi. Teman je ya...
A part of us. Macam2 ragam bila nak bergambar beramai2 nie.


Budak yang bijak ni...Berulang2 pg amik aiskrim
Inilah bezanya pengantin baru dengan pengantin lama. Kalau pengantin baru pegang tangan pun tak mau nak lepas...tapi pengantin lama masing2 sibuk  duk pegang makanan kiri dan kanan tangan.

Friday, 16 December 2016

WEDDING AZMAN & AMIRA - PART 1

Lama tak muncul tetiba publish entry terus keluar Part 1. Memandangkan akak pun dah tak berapa nak sibuk mehlah akak kembali berblogging dan ini adalah kejadian bulan 10 hari tu.
Tengah sibuk bekerja tetiba adik ipar wassap...'Kak...tolong beli barang untuk buat sirih junjung'..Oklah..suka sangat buat kerja last minit nie. Nasib baik barang hantaran semua dia dah siap tempah kali ni. So task akak kali nie lebih mudahlah ya.
Kalau aku tahu dari awal mmg aku suruh pakai cek je. Risiko wehh duit hantaran bawak cash camnie.
Kakak2 iparku..

Ni kat rumah Pak Teh. Kat Rembau ni banyak sikit adat2nya. Selagi pihak pengantin perempuan tak datang menjemput, pihak lelaki tak boleh terus ke rumah pihak perempuan. Lebih kurang macam tulah..
Saja bawak hantaran yg besar sikit dapatlah cover lemak kan
Debaran sesorang yang bakal menjadi seorang isteri

Masa ni tergelak2 pulak sebab tersalah sebut nama bapa mertuaku sebagai pengantin lelaki
Alhamdulillah...sah setelah 2 kali lafaz dan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan
Strategik betul kedudukan akak hari ni. Betul2 mengadap semua orang termasuk En Suami. Kejap2 dia wassap..Org lain yang nikah..hati dia yang berbunga2...
Penyerahan mas kawin
Sesi pembatalan air sembahyang
Acah2 romantik gitu
Selamat Pengantin Baru buat my adik ipar Man & Mira. Akak dan abang mendoakan semoga rumahtangga yang dibina sentiasa disulami kasih, sayang dan cinta yang berpanjangan hingga ke Jannah. Amin