nuff

Wednesday, 28 September 2016

SELAMAT BERTUNANG AZMAN & AMIRA

Majlis pertunangan adik ipar dah lama kot...sampai aku pun dah lupa tarikhnya. In Shaa Allah, majlis nikah dan sandingnya dalam 2 minggu lagi.
Bakal biras, Mira
Muka Pn Blog pun dah lebar macam dulang. Mak mertua pun cakap bakal menantu baru ni kecik je macam Nida dulu...dulu okay...
Kak Long & Kak Ngah
Anak2 buah
Bersungguh anak bujang aku duduk sebelah Tok Langnya...macam dia pulak yang nak bertunang
Masing2 khusyuk tengok Mak Lang menyusun sirih. Kalau suruh aku mmg pakat susun2..terus lipat je. Tapi rupa2nya ada cara-caranya.
Ni malam sebelum kejadian...Hasil keras tangan Pn Blog..Maklumlah dah lama pencen..Pakat lipat2 dan cacak je.
Buat tak seberapa sepah je yang lebih.
Masalahnya geng2 anak dara semua depan tv...geng bujang je yang sibuk nak menolong.
Bakal sibuk lagi 2 minggu akan datang. In Shaa Allah semoga segala yang dirancang berjalan lancar dan di permudahkan olehNYA. Amin