nuff

Tuesday, 16 August 2016

SYAWAL 2016

Dah lama habis Syawal baru nak hupload gambar. Raya kali ni mmg tak sempat nak ke mana-mana pun. Dekat 2 minggu demam on off...so mood nak beraya terus ke laut. Lagipun Kak Long dan Kak Ngah bergilir2 buat kenduri...so asal hujung minggu berkampung kat rumah diaorang. Tolonglah sikit2 apa yang patut. Untunglah dapat adik ipar yang comel...pastu rajin pulak. 
Tahun ni beraya kat Kuantan dulu..dan sudah ku jangkakan pilihan En Suami tetap warna biru. So biarlah tahun nie kita tidak sedondon, janji I tahu dalam hati U ada I je...Kan??
Raya yang sudah kehilangan sedikit serinya sejak kehilangan Ma yang tercinta...tapi tetap diraikan seadanya untuk insan yang bernama Abah..kadang2 tak tahu apa yang tersirat di hatinya. Namun doa seorang anak sentiasa mahukan yang terbaik untuk Abahnya..
Hanya kami berdua aje raya kali ni. :(
Tiada apa salah Liza pada Kak Da...terima kasih tak terhingga sebab jaga Ma & Abah selama ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.
Anak2 macam biasa,,,bersalam pun tergesa2...tunggu collection, Lepas ni nak kena tazkirah banyak sikit. Sejak dah besar sikit nie, macam2 perangai pulak. Nak kena betulkan apa yg tersasar sana sini. 
Ni pulak masa opeN house kat rumah Kak Ngah...Acah2 karaoke konon...
Anak buah
Dan seperti biasa...air tangan Abah
Kari kambing...aku memang mengadap yang ni je sambil cicah ngan roti babu.
 Nie pulak sambutan hari raya di pejabat. Unit kami ditugaskan untuk menghias gerai untuk Sektor. Aku tolong sikit2 je sebab masa ni masih demam. Tapi bab makan memang tak tolak.
 Temanya Balik Kampung sambil menikmati Cendol Songkok Tinggi
 Sesi pemberian markah
 Karaoke beramai2..Nasib tak hujan...Pn Blog amik side sipi2 je, takut over acting

Kami

Tak menang takpe...janji usaha tu ada.