nuff

Saturday, 27 August 2016

RANDOM-AKTIVITI SEBELUM PUASA & RAYA

Ini pun cerita lama jugak...sebelum puasa hari tu Abah sempat datang Seremban. Sebulan jugak duk rumah aku. Biasalah budak2 pun sekolah...memanglah Abah kebosanan sikit sebab petang baru nampak muka masing2. So ada cuti terluang sikit bawak Abah jalan2 ke KL...tak jauh pun tak pe yang penting spend time together. So menginaplah kat sini, Berjaya Times Square.
Wajah2 kegirangan mengenangkan Themes Park kat mall sebelah. Dan wajah2 kegirangan Ibu & Ayah yang tak dapat dipaparkan kat sini bila anak2 memilih untuk berkongsi bilik dengan Atuknya. Fuhhh...Aummmm..
Sebenarnya ni apartment 2 bilik...kat hall pun boleh tidur kalau nak. Tapi adik2 kat Kuantan tak dapat join sebab masing2 terikat dengan komitmen kerja.
Amboi Atuk...siap suruh amik gambar dia hantar kat grup wassap family. Kasi cucu kat Kuantan jeles.
Berebut ketiak Atuk dengan Paksu yang masam
Layan ajelah anak bongsu yang sorang tu
Dan ni pulak masa IFTAR kat Sunway Putra. Konon2nya Mak nak shopping kat jalan TAR...habis tawaf jalan TAR pun tak jumpa jugak apa yang dicari. Last2 beli dekat mall sebelah jugak. Almaklumlah bulan puasa kan,  nak tawaf 2,3 kali jalan TAR tu mmg menguji sangat  kan..
Mek Petai...Pantang nampak petai...
Tak taulah apa yang tak puas hati tu...Dia ngan nenek dia punya makanan penuh meja...belum lagi berjenis2 air yang diambiknya..Konsep ehh...malas nak bangun berkali2...
Nama pun random kan...ini pulak sambutan hari lahir Staff Unit Akaun bagi bulan Mac, April dan Mei.
Ex Vot...belum boleh move on atas sebab yang tak dapat dinyatakan melalui kata2...

Happy Birthday to Us