nuff

Saturday, 27 August 2016

RANDOM-AKTIVITI SEBELUM PUASA & RAYA

Ini pun cerita lama jugak...sebelum puasa hari tu Abah sempat datang Seremban. Sebulan jugak duk rumah aku. Biasalah budak2 pun sekolah...memanglah Abah kebosanan sikit sebab petang baru nampak muka masing2. So ada cuti terluang sikit bawak Abah jalan2 ke KL...tak jauh pun tak pe yang penting spend time together. So menginaplah kat sini, Berjaya Times Square.
Wajah2 kegirangan mengenangkan Themes Park kat mall sebelah. Dan wajah2 kegirangan Ibu & Ayah yang tak dapat dipaparkan kat sini bila anak2 memilih untuk berkongsi bilik dengan Atuknya. Fuhhh...Aummmm..
Sebenarnya ni apartment 2 bilik...kat hall pun boleh tidur kalau nak. Tapi adik2 kat Kuantan tak dapat join sebab masing2 terikat dengan komitmen kerja.
Amboi Atuk...siap suruh amik gambar dia hantar kat grup wassap family. Kasi cucu kat Kuantan jeles.
Berebut ketiak Atuk dengan Paksu yang masam
Layan ajelah anak bongsu yang sorang tu
Dan ni pulak masa IFTAR kat Sunway Putra. Konon2nya Mak nak shopping kat jalan TAR...habis tawaf jalan TAR pun tak jumpa jugak apa yang dicari. Last2 beli dekat mall sebelah jugak. Almaklumlah bulan puasa kan,  nak tawaf 2,3 kali jalan TAR tu mmg menguji sangat  kan..
Mek Petai...Pantang nampak petai...
Tak taulah apa yang tak puas hati tu...Dia ngan nenek dia punya makanan penuh meja...belum lagi berjenis2 air yang diambiknya..Konsep ehh...malas nak bangun berkali2...
Nama pun random kan...ini pulak sambutan hari lahir Staff Unit Akaun bagi bulan Mac, April dan Mei.
Ex Vot...belum boleh move on atas sebab yang tak dapat dinyatakan melalui kata2...

Happy Birthday to Us


Tuesday, 16 August 2016

SYAWAL 2016

Dah lama habis Syawal baru nak hupload gambar. Raya kali ni mmg tak sempat nak ke mana-mana pun. Dekat 2 minggu demam on off...so mood nak beraya terus ke laut. Lagipun Kak Long dan Kak Ngah bergilir2 buat kenduri...so asal hujung minggu berkampung kat rumah diaorang. Tolonglah sikit2 apa yang patut. Untunglah dapat adik ipar yang comel...pastu rajin pulak. 
Tahun ni beraya kat Kuantan dulu..dan sudah ku jangkakan pilihan En Suami tetap warna biru. So biarlah tahun nie kita tidak sedondon, janji I tahu dalam hati U ada I je...Kan??
Raya yang sudah kehilangan sedikit serinya sejak kehilangan Ma yang tercinta...tapi tetap diraikan seadanya untuk insan yang bernama Abah..kadang2 tak tahu apa yang tersirat di hatinya. Namun doa seorang anak sentiasa mahukan yang terbaik untuk Abahnya..
Hanya kami berdua aje raya kali ni. :(
Tiada apa salah Liza pada Kak Da...terima kasih tak terhingga sebab jaga Ma & Abah selama ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.
Anak2 macam biasa,,,bersalam pun tergesa2...tunggu collection, Lepas ni nak kena tazkirah banyak sikit. Sejak dah besar sikit nie, macam2 perangai pulak. Nak kena betulkan apa yg tersasar sana sini. 
Ni pulak masa opeN house kat rumah Kak Ngah...Acah2 karaoke konon...
Anak buah
Dan seperti biasa...air tangan Abah
Kari kambing...aku memang mengadap yang ni je sambil cicah ngan roti babu.
 Nie pulak sambutan hari raya di pejabat. Unit kami ditugaskan untuk menghias gerai untuk Sektor. Aku tolong sikit2 je sebab masa ni masih demam. Tapi bab makan memang tak tolak.
 Temanya Balik Kampung sambil menikmati Cendol Songkok Tinggi
 Sesi pemberian markah
 Karaoke beramai2..Nasib tak hujan...Pn Blog amik side sipi2 je, takut over acting

Kami

Tak menang takpe...janji usaha tu ada. 




Saturday, 6 August 2016

FAREWELL CIK AZIELLA

Lama tak bersiaran..ada ke yang rindu?? Bulan Ramadhan memang tak sempat langsung nak jenguk blog. Tambahan pulak hp kesayangan problem..so macam frust juga sebab selalu snap gambar kat fon tu memang confirm cantik. Terpaksa rela memakai hp anak buat sementara...walaupun anak tak rela dipinjamkan. Oklah aktiviti pertama selepas raya ialah meraikan Cik Aziella yang akan dan telah bertukar ke Pejabat SUK Negeri Sembilan dengan jawatan baru jugak iaitu sebagai Akauntan. Tahniah Cik..So memang tak sempat nak booking kat mana2 tempat sebab masing2 masih dalam mod raya dan banyak pulak tempat masih belum buka.
So, KFC menjadi tempat pilihan hati
Masing2 bila nampak kamera, terus automatik mood senyum diaktifkan

Hari2 terakhir di Unit Akaun
Semoga lebih berjaya dan sukses ditempat baru. Tak sempat nak bekerjasama dengan lebih lama. Rindu2 datanglah jenguk kami...bukan jauh pun sebarang jalan aje