nuff

Saturday, 28 May 2016

TRIPLE CELEBRATION

Bulan Mei banyak sangat aktiviti makan kek..nasib aku dah join kelas Fitness. Nak kata 100 persen kurus tu...tidaklah..pelan2 kayuh ok. Nanti I citer pasal kelas fitness tu..manalah tau ada yang terniat nak join tapi malu nak bertanya. So aktiviti makan kek dimulai dengan birthday Abah yang ke 68 pada 11 Mei. 
Manggo Cheese Cake. Hari tu beli 1 slice RM12.00, tak puas makan. Terus order 1 biji baru puas hati dapat mengulang makan.
Celebrate kat rumah je sebab masing2 sibuk nak tengok final Piala FA. Masak simple2 aje pun. Atuk tak sempat nak pakai baju cucu2 dah paksa potong kek. So..taklehlah masukkan gambar Abah kat sini
 16 Mei pulak birthday Ibu Mertuaku sekali sambutan hari guru untuk kakak iparku. Korang ada buat sambutan Hari Guru kat rumah..takde kan...Ini kerja adik iparku yang nak raikan kakaknya sekali.
 Budak2 nie camnielah bila dah ramai2...tak sempat nak ambik gambar yang proper. 
Nampak tak??Nenek baru nak potong...masing2 dah berebut nak cuit rasa. Dapat makanan masing2 bersila atas lantai makan...pandai masing2 bawak diri
Dan yang last celebrate my birthday 18 Mei,  kat Restoran Kak Lang Lavender. En Suami ajak makan kat tempat lain tapi aku malas sebab anak2 tengah exam. Lagipun kat situ pun ada jual kek jugak..so amik Kek Pandan Gula Melaka & Pecan Butterscotch. Kat sini semua ada dari masakan kampung sampai ke Western uollsss..
Chicken Chop
Garu kepala nak makan...penuh pinggan
Anak bujang yang selalu buat tempreture Ibu naik
Lamb Chop seperti biasa menjadi pilihan En Suami


My choice Spagetti Bolognese...lepas order rasa bersalah pulak..penat exercise..lompat sana, lompat sini..tapi tak jaga makan. Takpe sebelum puasa pulun pergi kelas fitness. Eceh..konon..
Keluarga kecilku...istimewa sikit sambutan kali ni sebab Abah pun ada. Dah tua2 nie takdelah nak request benda yang pelik2. Janji En Suami ingat dan bawak pergi makan pun jadilah. Dan seperti biasa En Suami pun tak belikan apa2 cuma bagi duit je. So sehingga hari nie masih memikirkan apakah benda yang harus dibeli...Any idea?? Buat semua kaum keluarga dan sahabat2 di alam nyata @ alam maya terima kasih atas ucapan dan doa anda semua. Semoga kita sama2 dikurniakan kesihatan yang baik dan keredhaan dan sentiasa di bawah lindungan kasih sayang Allah SWT. Amin...