nuff

Monday, 16 May 2016

BIRTHDAY EN SUAMI DI PINE N DINE

Dah lama duk belek pasal restoran Pine n Dine kat Lavender ni..cuma belum berkesempatan nak pergi. So cadang nak pergi makan meraikan birthday En Suami. Kul 6.30 petang baru duk berwassap booking meja takut full..kalau boleh malas nak menunggu sebab nak balik awal...lagipun esok anak2 nak sekolah kan. (ehh..ni kejadian sebulan yang lepas ya)
Nasib baik kat situ ada jual kek...Manggo Cheese Kek, Nutella Cheese Kek, Congo Bar..arggh lupa pulak ada apa lagi.
Ingatkan nak makan yg light2 je...order Aglio  Olio...sekali sampai ..mak aiihh...penuh sepinggan. Kelip2 mata sambil kunyah pelan2..Tapi bila dah makan kena pejam2 mata pulak sebab pedas nak mamp**. Terus terasa tebal je bibir.
Chicken chop ...tapi kalau ada chicken grill lagi sedap..
Lamb Chop
Request masa booking nak kek slice je pastu siap tulis2 atas pinggan.  Kita baru nak acah2 sweet tapi En Suami suruh tapau je. Malu katanya..Manggo cheese kek nie sedap tapi takleh lawan Kulacakes Kuantan.
Buat En Suami...Selamat Hari Lahir ke 38...ucapan masih sama seperti tahun2 yang lepas...hampir 17 meraikan hari yang istimewa ini bersama2..sebagai seorang isteri dan org yg paling hampir dengan awak...semestinya saya mendoakan yang terbaik untuk awak dan akan sentiasa berada di sisi awak dalam apa jua keadaan. Grow old with me...luv u so much Hubby...