nuff

Monday, 25 April 2016

HOBI EN SUAMI

Ehh..lama tak bersiaran...idea banyak..masa je yang takde. Nak2 musim panas nie...rasa malas nak buat apa2. Tapi orang perempuan ni mulut je kata malas..tapi nak tak nak kena jadi rajin jugak tu. Belek2 draf sekali tengok ada entry yang berkurun belum publish lagi. Sebelum nie pernah publish pasal Mini Garden En Suami tapi yang tu bahagian depan rumah. Ini pulak bahagian belakang rumah, tanah pun ada seciput jee. Bolehlah menanam apa yg patut.. yang paling aku tak sangka boleh pulak En Suami tanam nenas. Mula2 aku gelakkan dia jugak. Tapi bila tengok dah berbuah..elok pulak tu..sendiri terdiam.
Tak sempat ambil gambar dah dicabutnya jambul nenas tu nak disemai lagi
Adalah pokok pandan sikit, serai & limau purut. Agak2 nak masak tomyam...pergi petik. Agak2 nak masak nasi lemak, nasi minyak...pergi petik. Senang kerja akak...
Pokok pisang tak yah nak tanam...sekali je cucuk..pastu asik beranak je. Tapi tiap kali pisang masak takde rezeki nak makan. Masa tulah balik kampung...masa tulah pergi holiday. Takpelah rezeki orang lain..Berkongsi rezeki..In Shaa Allah...Allah gantikan dengan rezeki yang lain.
Sebulan sekali panggil team En Murugan kasi kemas laman depan. Punyalah susah nak panggil dia datang kemas laman...minggu ni call, minggu depan belum tentu datang. Banyak sangat projek masyuk kot. Sekarang nie dah tak payah nak call, agak2 dia tengok pokok buluh aku tu dah mencanak2 naik rantingnya...sampailah dia and team. 

Servis memang puas hati...habis licin dia kemas. Taulah2 bila bab potong2 rumput nie kan, mesti tempias jugak kat rumah jiran. Tapi En Suami dah pesan bersihkan sekali sampah2 yang masuk rumah jiran. Rumah awak bersih, rumah jiran bersepah...hati jiran nak kena jaga jugak. Rasanya area taman aku nie mmg ramai yang guna servis dia. 
Ini gambar lama ye..jgn ada pulak yang mengidam mintak buah. Tapi sekarang tengah berbunga. Tengok pada bunga yang ada..macam lebat je buahnya. 
Alhamdulillah..dah berbuah pokok tin ni. Tapi buah belum cukup lebat.

Ini je pokok berbunga yang ada.
Pokok kurma nie tak taulah boleh berbuah ke idok..
Trim jangan tak trim..
Itu je yang dia minat. Pokok, ikan, bola, pokok, ikan, bola...so kita sokong jelah. Tapi ikan kelisa yang En Suami bela sejak pindah sini dah mati 2,3 hari yang lepas. Kesiannya...kita nak belikan yang baru...faham2lah ikan kelisa kan mahal...maun cecah 3-4 ratus. Kita cadangkan bela ikan bandaraya...dia senyum simpul sambil jeling jee kat kita.