nuff

Thursday, 25 February 2016

LANGKAWI - PART 4

Masih lagi entry pasal Langkawi dan rasanya entry last nie. Memandangkan hari nie hari Jumaat, maka haruslah keluar awal sikit. So program pagi dah susun cantik2....nak survey pinggan mangkuk, coklat & perfume. Ke Pekan Kuah ajelah nampaknya sebab senang En Suami nak solat Jumaat sementara aku dan Syira cuci mata. 
 Eh...tetiba dia demam pulak. Lepak dalam kereta sementara menunggu En Suami & Aiman. Pastu terus ke Chenang sebab si kecik ni nak ke Underwater World.
 Ada diskaun jugak untuk Goverment Servant.
 Albino Pacman Frog
 Orang demam dah tak boleh jalan. Sebenarnya yang terlebih excited nak pergi sini ayah ehh..Memang minat dia nie..
 Itu adalah sejenis monyet..tak ingat monyet jenis apa.
Kesian orang demam, senyum pun terpaksa
Penguin real tau..bukan replika
Ketam Jepun
Gambar ni just nak compare betapa besar ketam tu berbanding Aiman
Ikan Jerung
Kat sebelah Waterworld ni ada Cocoa Valley. Orang kata coklat kat sini murah sikit. Tapi bagi aku lebih kurang je kat kedai mana2 pun. Beza 20, 30 sen je, tak kuasa aku survey harga sana sini. Beli pun sikit je kat sini..just untuk makan2 sebab takut beli awal2 cair pulak.
Balik tu singgah area airport pekena laksa ikan sekoq. Tapi yang aku makan nie mungkin kedai lain. Taklah sesedap mana pun. Sedap lagi laksa yang aku makan malam semalam.
Cuma view je yang lawa..mengadap laut..angin sepoi2 bahasa. Pastu boleh kira kapal terbang turun naik. Rupa2nya pas makan jalan ke depan lagi...lagi meriah. Macam2 kedai ada. Bukan kedai jugak sebab diaorg meniaga dalam lori kecik. Just letak meja dan kerusi. Cuma aku yang silap sebab datang dari jalan belakang. Kalau datang dari airport mungkin jumpa tempat yang meriah tu. Takpelah...dah rezeki orang tu kan.

Malam tu singgap jap HIG kat pekan Kuah. Ehh..tapi HIG dah ada mall besar dekat area Idaman Suri jugak. Siap ada hotel lagi, medan makan, bazaar jual baju2...So kalau menginap kat situ memang banyak sangat kemudahan...nak shoping senang, makan pun senang.
Nasib abang ada jagakan adik. Nak tak nak kena jugak membeli malam nie sebab esok dah nak balik. Pastu singgah makan kat area Kompleks Perikanan kot. Bila nak tau tempat2 makan yang best aku selalu masuk grup FB Langkawi Sana Sini. Tempat yang aku pergi nie diaorglah yang rekemenkan.
Sedap dan muuuuraahh..
Masa membeli memang tak hingat...tapi bila nak mengemas mulalah gelabah. Puas duk mengejas beg kasi muat.
Esok tu sampai airport terus cari tempat timbang beg. Gelabah kau tengok plastik pinggan mangkuk. Fuhh...nasib tak lebih muatan. Tapi pas scan beg sibuklah org Kastam nak tengok tiket flight masa datang. Kalau menginap kurang dari 48 jam kena cukai ehh..barang2 yang kita beli tu. Puaslah menyelongkar beg...huwaa aku rasa dah buang kot tiket tu. Nasib ada resit homestay....so lepaslah kitaorg. Cuak jap...
Kesian budak demam nie. Anak tak sihat, mood pun ke laut.
Berselimut sakan dalam flight. Tak pasal2 kena beli selimut. Kesian anak Ibu. Lainkali kita pergi Langkawi lagi ehh...tak puas hati sebab pinggan yang Ibu suka tu dah takde stok.