nuff

Thursday, 18 February 2016

LANGKAWI - PART 3

Masih lagi entry pasal Langkawi dan masih lagi hari ke 2 jalan-jalan cari makan. Lepas balik Oriental Village terus singgah Wildlife Park Langkawi. Ikutkan hati memang dah penat, tambahan pulak cuaca sangat panas. Lagipun dah pernah pergi dulu..anak2 dah besar tak heran sangat dah nak tengok binatang. Tapi En Suami dah bersungguh2 nak pergi..mehlah kita singgah jugak. Tiket masuk RM24 (Dewasa) dan RM16 (Kanak2). Tapi kalau government servant ada diskaun lagi. Sila bawa kad kerja masing2 kalau ada. 
 Amboi besar gelak..
 Binatang kat sini semua jinak2...boleh pegang2...belai2...yang Aiman nak pegang tu Kancil...tapi cam tau2 je nak ambik gambar terus si Kancil tu lari.
 Kekenyangan sangat nie. Lambat je si Landak nie mengunyah, abistu semua yg datang bagi dia makan.
Dulu masa kecik2 dtg sini, dengan dia sekali duk meniarap kejar arnab punya pasal.
Bila ada perempuan di sekeliling anda..macam nielah rupanya. Kadang2 kena pegang beg isteri2..kadang pegang beg anak..
Budak2 sekarang..dapat tangkap ikan pakai sauk pun dah seronok. Ibu dulu tangkap ikan dalam longkang besar lagi..kadang2 dalam sungai. Tapi takleh lawan ayah korang tangkap ikan pakai tudung saji Nek Yang lagi.
Tunggu turn bagi ikan arapaima makan..
Nampak tak ikan tu..memang besar sangat.
Ular tu tengah tido, beranilah pegang kan. Kat sini ada masa2 tertentu dia buat show. Bukan show apa pun..bagi binatang2 kat sini makan.
Dah besar2 nie nak bergambar cukup korum memang payah. 
Malam tu pusing2 area jeti kat Dataran Lang. Takde yg menarik pun, singgah jap kat Restoran 1 Malaysia kalau tak silap.
Belakang En Suami tulah tempat yang ada helang besar. Diaorang dah pergi separuh jalan...aku marah sebab dahlah jalan tu gelap..apa pun tak nampak. Jangan nak cari pasal kat tempat orang nie.
Terus sentap tak dapat tengok Helang
Dapat laksa terus ok...Syira dan laksa mmg tak dapat dipisahkan. Tapi laksa kat sini memang sedap. Recomended..pekat dan melekat kuah dia. Teringat2 je nie.