nuff

Friday, 12 February 2016

LANGKAWI - PART 2

Hari ke 2 dah plan awal2 nak ke mana. Maklumlah dah 3,4 tahun jugak tak datang..ingat2 lupa dah nak ke mana dulu. Sempatlak survey ngan ex-opismate...Kak Jue, tempat2 yang best nak pergi. Kak Jue pergi Langkawi macam pergi KL je..ntah berapa kali setahun ke sana. Tau2 update status.
 Ni kedai kat roundabout aiport. Orang lain makan roti canai...Syira dah makan nasi. Tak tahan tengok ikan pari bakar. 



 Kedai buruk je..tapi sedap dan murah. Dah kenyang terus ke Oriental Village. Kat sinilah kalau nak naik cable car, muzium 3D...macam2  hado.

 Masa pergi nie orang memang tak ramai sebab bukan cuti sekolah kan. 
 Aku amik pakej Skycab, Skydome & 3D Museum. Dulu2 takde pun pakej camnie. 
 Sementara nak tunggu turn naik, kena masuk sini  Skydome dulu. Cerita pasal apa tah..aku pun tak ingat. Macam tengok wayang, tapi aku tak boleh nak tengok...rasa pening tengok gambar berpusing2. Last2 aku pejam mata je. Dahlah  bau semacam je dalam tu...



  Suka sangat buat muka pelik bila bergambar...nah Ibu upkan gambar ni kt blog.
 Dah naik banyak kali pun tetap gayat. Naik ke sini semata2 nak try Sky Glide. Rupa2nya kena tambah RM10 (adult) dan RM7(children). Pastu nak kena beratur lagi beli tiket. Terus cakap ngan En Suami, just amik gambar jelah. 
 My Man, My Bodyguard
Muzium 3D pulak
 Tak sure Duyong ke Dugong..



 Bersungguh kau dik..


 Percubaan untuk nampak lebih romantik kurang berjaya..But I still luv u..




Gambar kat muzium ni banyak sangat...just pilih beberapa aje..kang muak lak kan.
 Pastu pusing kat kawasan sini je.



Dapat bagi ikan makan pun dah seronok...

Baik sekejap je..gaduh je yang lebih...Ehh...dah panjang sangat nie. Sambung next entry..