nuff

Tuesday, 2 February 2016

LANGKAWI - PART 1

Sebelum lupa mehlah nak citer pasal trip ke Langkawi 13-16 Januari yang lepas. Ikutkan dah banyak kali ke Langkawi, tapi bila fikir pasal pinggan mangkuk lagi excited nak ke sana. Perempuan dan pinggan mangkuk memang tak dapat dipisahkan. Tapi aku takdelah ketagih pinggan mangkuk yang mahal2...Corelle ke, Vision ke, janji murah dan cantik kat mata aku sudahlah. Kang beli yang mahal2 sayang pulak nak pakai. Apa ke jadahnya nak simpan dalam lemari kan...Iya tak?? 2,3 hari sebelum flight barulah nak manage booking untuk luggage. Sebab cam tak confident je takut terover membeli-belah. So total damage untk flight kali nie RM 416.50  termasuk 80kg luggage...Ha..ha..agak2 berapa set pinggan dapat beli tu..
Ehh...1 beg je ke?? Tak kuasa nak bawa beg banyak2. Kang balik nanti tak muat kita beli je beg. Katanya murah kat sana. Setiap kali nak kemana-mana barang En Suami yang paling banyak. Naik kereta oklah...campak je. 
Balik sekolah kul 2 terus siap2 ke KLIA 2..tak sempat nak makan. Kesian budak kecik nie kelaparan.
Ada orang cakap copy paste muka ayah. Iya ke??
Pantang dapat buku..tengah panas pun jadi..
Tengah bodek Ayah semata2 nak makan dalam flight padahal baru je lepas makan. Kalau dengan Ibu semuanya tak boleh kan..
Ingatkan dari check in counter ke domestic departures tu jauh macam yg international punya. Cehh...dekat je rupanya. Kalau yg international mmg jauuhhh sangat...tapi ada banyak restoran kat dalam tu.   

Mood baik bolehlah bergurau senda. Kalau tak asik bergaduh je..pantang silap sikit..
Perhati je gelagat dia..memanjang berselfie. Tak sempat nak selongkar hp dia.
Sambung citer tadi...boleh je dia membaca. Kalau aku, dah sakit kepala dah.
Inilah dia hasil membodek Ayah. Macam best sangatlah tu makan maggi dalam flight. 2 maggi cup, sandwich dan air ribena 1. Semuanya RM35++. Malas aku nak layan...


Menginap kat Dawn Chalet, Kedawang. 1 bilik RM130.00 weekday & RM150.00 untuk weekend. 
Yang nampak bumbung sikit tu..kalau datang ramai2 boleh sewa banglo tu. Ada 3 bilik kot. Rasanya RM350.00. Nak tau lebih lanjut sila tanya En Google.
Kereta sewa tu RM70.00 sehari. 3 hari RM200.00. Ada diskaun lagi.
Inilah bilik kitaorg. Lambat check in dapat bilik depan sekali. 
Bilik besar dan selesa. Mana nak dapat kan harga camtu dengan 2 katil queen. Cuma beza dengan hotel takde breakfast. Saja tukar2 angin pulak. Lagipun yang nie pool dekat so perhati anak dari dalam bilik pun boleh.






Tiket flight = RM 416.50
Hotel = RM 390.00
Kereta : RM 200.00

Total semua sekali untuk trip kali nie RM 1,006.50.

Malam tu jalan2 & makan kat pantai Chenang je. Uish...sesak betul...En Suami cakap dah macam kat Krabi. Manalah kita tau kan...kita belum pernah pergi. Agak2 bila nak bawak tu??