nuff

Friday, 26 February 2016

BUKIT GAMBANG RESORT - WATERPARK

Ini cerita Tahun Baru Cina hari tu. Kengkonon nak berkonvoi dari Seremban ke Kuantan dengan family kakak ipar. Tapi boleh lak birasku itu cakap nak breakfast dulu kat rumah, nak pergi jogginglah dulu...So..kami gerak dulu seawal 7.30 pagi dari rumah. Tau2 jelah kalau musim cuti..jalan Kuala Pilah memang selalu jem sangat. En Suami pulak bukannya boleh kalau jem2 ni...angin satu badan. Kang dengan aku yang tak bersalah pun terbabit sama dengan angin kus2 dia. 
Jalan tak jem tapi kereta banyak. Alhamdulillah pukul 12 dah sampai. Kol kakak ipar baru nak keluar dari rumah. So sempatlah ke bandar Kuantan dulu...makan2, jalan2..Tetiba kakak ipar call bgtau jalan jem. Dia baru turun dari Lavender Heights...dah nampak kereta bersusun2 ke Kuala Pilah. Terus naik highway ke KL, jauhlah sikit perjalanannya. 
 So kami check in dululah. Tunggu dia entah kul berapa agaknya sampai. Tengok kat fb semua duk cakap LPT jem sangat.
 Ada orang dah tak sabar nak terjun pool
 Amboiii...penat sangat tu. 
So malam tu takde apa2 aktiviti sebab kakak iparku sampai Kuantan kul 7 lebih. Masing2 dah kepenatan. So jalan2 keliling lobi je bawak budak2 nie.
 Syahmi
Syira 
Auni  
Nama pun duk Arabian Suite...kenalah ambik gambar ngan unta kan. 

Seawal pagi dah sampai ke Waterpark.
 Ingatkan dah awal, rupanya orang lain lagi awal.  Amboi sesak gila, okey...nak beli tiket pun beratur panjang. Tapi disebabkan kitaorg menginap kat situ, so baucar dah ada. Cuma pergi kaunter tukar je untuk dapatkan gelang. Tiket masuk dewasa RM32.00 dan kanak2 RM22.00. Kanak2 90cm ke bawah free ye.
 Budak2 ni bukannya boleh nak tunggu lama. Macam2 perangai..
 Letak je beg..masing2 dah hilang. Berpinar2 mata mak kau duk mencari. Iyalah orang dahlah ramai...Dahlah serupa je aku tengok bebudak nie.

 Malas aku nak berendam...dah tua2 nie. So En Suami aku tugaskan untuk mengawasi kanak2 riang ni.
 Anak bujang langsung tak kelihatan bila dah bersama geng orang bujang.
 Oleh kerana orang pun ramai, nak beli makanan pun kena beratur panjang. Pergi toilet pun beratur panjang. Ehh...masa aku pergi dulu2,  mula2 nak masuk tu siap cek beg takut bawak makanan dari luar. Sekarang aku tengok rilek je orang bawak masuk bekalan. Tak tau pulak samada dah boleh bawak masuk makanan dari luar.
Budak2 nie naik bila lapar je. Dah kenyang terjun balik. Puas pujuk ajak balik.
 Masing2 kelaparan. Bila dah check in bilik sebelah menyebelah nie...memang camnilah keadaanya. Jap2 budak2 kecik ni...ketuk pintu...dtg makan...balik jap..pastu datang balik..main2 loceng..kang terjerit2 'housekeeping'..'housekeeping'...Pitam Mak Lang.
 Program petang tu ialah Safari  Park. Tunggu tram kat lobi. Perkhidmtan tram memang disediakan untuk ke Safari Park dan Waterpark.
Anak buah dah sama besar ngan Pak Lang
 Kalau untuk masuk petang 'Night Jungle' memang tak banyak tempat yang boleh masuk atas alasan binatang nak berehat. Tapi show memang ada, bayaran pun lebih murah. Tapi atas persetujuan bersama, terus decided masuk pagi esok ajelah. Biar puas hati sikit..alang2 dah bayar kan.
 So pusing2 sekitar hotel je. Banyak aktviti yang disediakan bukan percuma ehh..semuanya berbayar seperti memanah, berkuda, ATV & flying fox. Budak2 ni dari semalam duk usha games room. Nasib baik tutup...
 Famili kecilku...baju hitam tu Eisha..anak abang ngah aku. Culik dia jap buat teman Syira. 
 Famili Angah...macam2 perangai bebudak nie bila ajak bergambar.
Pn Blog belanja 1 gambar
 Gaya dah ada..tapi sukan yang menggunakan tangan bukan kemahiran dia.
Memandangkan geng orang bujang ado...diaorang je yang duk pulun habiskan game. Ibu dan Ayah kepenatan...just bawa balik budak2 kecik. Gara2 seharian berendam kat waterpark, masing2 cepat je tidur. Huntunglahhh....

Thursday, 25 February 2016

LANGKAWI - PART 4

Masih lagi entry pasal Langkawi dan rasanya entry last nie. Memandangkan hari nie hari Jumaat, maka haruslah keluar awal sikit. So program pagi dah susun cantik2....nak survey pinggan mangkuk, coklat & perfume. Ke Pekan Kuah ajelah nampaknya sebab senang En Suami nak solat Jumaat sementara aku dan Syira cuci mata. 
 Eh...tetiba dia demam pulak. Lepak dalam kereta sementara menunggu En Suami & Aiman. Pastu terus ke Chenang sebab si kecik ni nak ke Underwater World.
 Ada diskaun jugak untuk Goverment Servant.
 Albino Pacman Frog
 Orang demam dah tak boleh jalan. Sebenarnya yang terlebih excited nak pergi sini ayah ehh..Memang minat dia nie..
 Itu adalah sejenis monyet..tak ingat monyet jenis apa.
Kesian orang demam, senyum pun terpaksa
Penguin real tau..bukan replika
Ketam Jepun
Gambar ni just nak compare betapa besar ketam tu berbanding Aiman
Ikan Jerung
Kat sebelah Waterworld ni ada Cocoa Valley. Orang kata coklat kat sini murah sikit. Tapi bagi aku lebih kurang je kat kedai mana2 pun. Beza 20, 30 sen je, tak kuasa aku survey harga sana sini. Beli pun sikit je kat sini..just untuk makan2 sebab takut beli awal2 cair pulak.
Balik tu singgah area airport pekena laksa ikan sekoq. Tapi yang aku makan nie mungkin kedai lain. Taklah sesedap mana pun. Sedap lagi laksa yang aku makan malam semalam.
Cuma view je yang lawa..mengadap laut..angin sepoi2 bahasa. Pastu boleh kira kapal terbang turun naik. Rupa2nya pas makan jalan ke depan lagi...lagi meriah. Macam2 kedai ada. Bukan kedai jugak sebab diaorg meniaga dalam lori kecik. Just letak meja dan kerusi. Cuma aku yang silap sebab datang dari jalan belakang. Kalau datang dari airport mungkin jumpa tempat yang meriah tu. Takpelah...dah rezeki orang tu kan.

Malam tu singgap jap HIG kat pekan Kuah. Ehh..tapi HIG dah ada mall besar dekat area Idaman Suri jugak. Siap ada hotel lagi, medan makan, bazaar jual baju2...So kalau menginap kat situ memang banyak sangat kemudahan...nak shoping senang, makan pun senang.
Nasib abang ada jagakan adik. Nak tak nak kena jugak membeli malam nie sebab esok dah nak balik. Pastu singgah makan kat area Kompleks Perikanan kot. Bila nak tau tempat2 makan yang best aku selalu masuk grup FB Langkawi Sana Sini. Tempat yang aku pergi nie diaorglah yang rekemenkan.
Sedap dan muuuuraahh..
Masa membeli memang tak hingat...tapi bila nak mengemas mulalah gelabah. Puas duk mengejas beg kasi muat.
Esok tu sampai airport terus cari tempat timbang beg. Gelabah kau tengok plastik pinggan mangkuk. Fuhh...nasib tak lebih muatan. Tapi pas scan beg sibuklah org Kastam nak tengok tiket flight masa datang. Kalau menginap kurang dari 48 jam kena cukai ehh..barang2 yang kita beli tu. Puaslah menyelongkar beg...huwaa aku rasa dah buang kot tiket tu. Nasib ada resit homestay....so lepaslah kitaorg. Cuak jap...
Kesian budak demam nie. Anak tak sihat, mood pun ke laut.
Berselimut sakan dalam flight. Tak pasal2 kena beli selimut. Kesian anak Ibu. Lainkali kita pergi Langkawi lagi ehh...tak puas hati sebab pinggan yang Ibu suka tu dah takde stok.