nuff

Monday, 25 January 2016

SELAMAT BERSARA KAK ROSMAH

Ini pun boleh dikategorikan sebagai cerita lama. Majlis perpisahan Puan Rosmah Ismail @ Datin. Dah terbiasa dengan panggilan camtu...so Datin pun Datinlah. Majlis diadakan di Royale Bintang, Seremban betul2 sehari selepas penutupan akaun tahun 2015.
Eh...Kak Zah pun datang. Berseri2 muka orang dah pencen.

Yang dirai memberi ucapan...katanya tak nak menangis. Tapi termenangis jugak. Iyalah dah lama berkhidmat...bila flashback balik kisah2 lama...ermm...ehhh bergenang jugak air mata orang yang mendengar ucapan.
Ingatkan nak amik gambar curi...tapi kuat jugak 6th sense diaorg nie..sempat juga tersenyum sipu.  
Ehhh.. CC Jasmee pun ada. 
Wajah2 kesayuan Unit Kewangan


Walaupun berlainan unit, tapi kami di Unit Akaun juga turut merasa kesedihan itu. Tapi dengan sedaya upaya kami cuba sembunyikan kesedihan itu. Buktinya walaupun bersedih...meja kami tetap penuh dengan makanan.
Will miss u Datin...Selalu kalau awal bulan mesti cari Datin sebab nak buat report.
Riang masing2 bila dapat bergambar...Eh..Pn Blog...mata mana??
 

 
Selamat Bersara Kak Rosmah. Semoga lebih gembira melalui kehidupan yang mendatang. Terima kasih atas tunjuk ajar selama ini. Mohon ampun dan maaf atas kerterlanjuran kata dan bicara. Semoga bertemu lagi di lain masa.