nuff

Monday, 18 January 2016

JALAN2 AKHIR TAHUN

Akhirnya hajat nak bawak anak2 berjalan2 termakbul juga. Tapi yang tak seronoknya anak bujang dah ikut Mak Ngahnya dulu ari Khamis tu, so janji nak pickup Aiman kat Times Square hari Sabtu. Aish.. rasa tak cukup je korum..maklumlah anak tak ramai. So check in kat Sunway Putra semata2 nak ke Mood Republik PWTC. Lepas Maghrib terus bersiap2..takut lambat nanti orang ramai. Rasa tak selesa lak sebab En Suami mengekor je. So, terus suruh dia lepak kat luar, maka dapatlah aku membeli tanpa halangan dan sekatan. (Ini kejadian 18-20 Disember 2015)
 Terjumpa si gadis Frozen yang mengoffer diri bergambar dengan Syira. 
Hasil tangkapan malam tu tak seberapa sebab akak is peninglah...Cuma anak dara sempat merembat rayban tu. Tu yang malam pun pakai. Bila ditegur..katanya artis mmg macam ini.
 Misi awal pagi..breakfast kenyang2 dulu sebab nak ke Mood Republik lagi. 
Ok..jom. Misi kali ini tanpa En Suami lagi. Bagi mengelakkan kepeningan, aku target awal2 nak ke booth mana. Bila sampai kat sana aku sebut no booth, Syira jadi Waze mencari booth.
 Bukan setakat menjadi Waze, malah jadi tukang angkat barang Ibu. Dah besar geng ibu nak bershopping ni.
 Dapat jugak jumpa blogger ni, Fillanie
 Misi seterusnya Sogo. En Suami jarang nak membeli..kalau dia membeli haruslah temankan. 
Orang terlalu ramai sebab tengah sale. Kaki dah sakit penangan Mood Republik, maka aku dan Syira terus ke foodcourt aje.
Tak dapat nak berlama2 kat sini, sebab Syira excited bebenor nak jumpa abangnya.

Niat awal nak ambik Aiman..tapi bila dah ramai geng orang bujang, ajak balik pun diseret2 je kaki tu. Diskus punya diskus..terus tak jadi ikut aku balik. Hari Selasa balik sendiri naik komputer. Noted..
  Yang si Syira dah merajuk sebab abangnya tak nak balik. So pusing2 kat sini jap, hiburkan hati. Abang dah ada geng, sikit pun tak nak layan adik. Kalau tak...sikit2 kalau nak mintak apa2 suruh adik yang jadi tukang cakap kat Ibu ngan Ayah.




Dah takde geng terpaksalah Ibu jadi tukang teman naik itu ini. 
  


Baru Ibu hilang sekejap, dah pau ayah main game. Yang free pun tak habis main, yang berbayar jugak dia minat.
Setakat nak tangkap itik, kat funfair pun ada nak...Membazir aje..apa pun tak dapek.
Yang si abang pulak, tetiba dah hilang. Cemas aku ngan En Suami duk cari dia. Pandai2 je pergi main bowling kat sebelah. Iyolah dah 2,3 hari duk situ, dah hafal apa yang ada dalam mall tu. Aku pulak yang risau dibuatnya.
Jomlah balik ke hotel kita dik. Abang tak nak ikut. Tetiba je dah tak boleh jalan. Drama queen sangat nie.
Sampai je lobi hotel, elok je suruh ambik gambar. Tadi sentap sampai tak boleh jalan.
Asal nampak pokok krismas je nak bergambar. Duk hotel sebelah mall, sempat lagi round sebelum check out. 
Kesian dia tak de kawan gaduh. Ajak mandi pool pun taknak. Itulah percutian singkat kami bertiga. Yang tak seronoknya kali nie tak dapat makan nasi lemak kelab Sultan Sulaiman. Terasa2 kat tekak nie. Takpelah apa ada hal..Seremban ke KL bukannya jauh pun. Kan...