nuff

Friday, 29 January 2016

INFLUENZA A PULAK

Cuti hari tu bawak anak2 ke Langkawi. Nanti next entry citer pasal trip. Hari ke 3 kat sana tetiba si Syira demam. Aku agak mesti sebab kena hujan atau pun sebab cuaca kat sana panas.   
Pagi2 muka ada ceria sikit..nak2 bila nampak coklat. Tak tentu arah dibuatnya. 
Menjelang tengah hari dah moody sikit. Terus hilang mood Ibu kau nak cuci mata. Ajak masuk kereta , pasang aircond, tido  sementara tunggu En Suami dan Aiman balik dari solat Jumaat. Ingat nak ajak balik je..tapi sebelum tu dah janji nak bawak dia pergi Underwater World. Tanya jugak dia...kot2 dia tak larat balik ajelah. Tapi dia tetap nak pergi. Oklah...jom pergi..sebelum tu sempatlah bagi dia makan ubat. 
Tak larat nak jalan...Merayau kat sini pun tak lama sebab masing2 dah lapar. Tapi bila sampai bilik je..tetiba boleh jalan sendiri. Siap salin baju nak join abang mandi.. 
Tapi menjelang malam...demam balik. Ishh...esok dah nak balik. Nak tak nak kena keluar juga sebab pinggan mangkuk Ibu kau belum beli lagi...periuk ajaib nenek pun belum beli lagi...coklat2 pun belum beli lagi..So..sementara Ibu membeli, Aiman jadi tukang jaga. Sebelum tu, dia dah request nak makan ikan bakar. Oklah..

Tido, bangun, makan pastu tido balik. Tapi aku perhati demam dia tak macam biasa. Sebab setiap 4 jam badan dia panas balik. Sabarlah dik...esok kita dah nak balik.
Tidur sepanjang perjalanan
Balik Seremban hari Sabtu. Elok je hari Ahad dah kebah dari demam. Isnin pun dah pergi sekolah. So petang tu bawak dia pergi Klinik Dr Bee sebab nak cek ada bengkak dalam hidung nie. Sementara tunggu turn tu, badan dia dah panas balik.
 So cerita dari  A to Z pada Dr kronologi kes dia nie. Sebab demam tak baik2, Dr amik darah cek kot2 denggi. Negatif...So Dr tanya if nak buat test untuk influenza. Aku suruh buat jelah..iyalah takkan nak datang berkali2 pulak kan. Sapa yang pernah pergi klinik nie, mesti tau betapa hazabnya nak tunggu turn kat sini.  So, Dr amik sampel hingus...selang beberapa minit...confirm Influenza A (H1N1). Last 2 years Influenza B. So..Dr suggest ambik vaksin lepas dia dah sembuh. 
So, bincang punya bincang dengan En Suami..mehlah kita admitkan dia kat SALAM. Memang leceh sikitlah kalau admit...nak cuti lagi. Tapi memikirkan Syira pun kena kuarantin dalam 1 minggu, takkan nak hantar rumah nenek pulak. Kat sana budak2 ramai pulak, nanti ada pulak yang berjangkit. Lagipun benda ni mudah berjangkit melalui udara...melalui air liur...kang dia terbersin ke, batuk ke..camner nak control kan. 
Tido pun lasak..risau pulak. Kerja aku asik betulkan position tido dia je. Last2 aku pun terlelap sama. Sampaikan nurse datang cek suhu badan dan bagi makan ubat pun aku tengok dengan hujung mata aje. Ngantuk dan penat sangat...Nasib anak2 aku nie memang senang nak makan ubat. Nurse suap ubat je, terus nganga. Ada juga tanya Dr kebarangkalian akan kena lagi benda ni. Dr cakap mmg ada sebab Influenza nie dah ada banyak sangat...So aku tanya jugak perlu ke amik vaksin. Kalau ikutkan cadangan Dr Bee dia suruh amik vaksin..sekali injek RM98 X 2 dos. Dr kat sini pulak cakap tak amik pun takpe, sebab bila dah amik vaksin..tiap2 tahun kena amik. Biasanya Dr akan syorkan pengambilan vaksin pada pesakit yang ada sakit kronik seperti jantung..Ish..terima kasih Dr for d info. So memadai makan ubat antiviral sahaja.
Benda pertama yang dia request masa admit...cheese burger MCD dengan alasan dulu masa abang masuk hospital boleh je abang makan MCD. 
Hari kedua dah ok sikit, tapi kerjanya asik tido je. Makan pun tak berapa nak. Masa nak discharge, nurse cabut jarum drip tetiba dia pitam. Berlari En Suami duk menyambutnya..sebelum tu ok aje. So nurse suruh rehat dulu...cek balik suhu badan dan tekanan darah..semuanya normal. Mungkin sebab dia tak makan...perut masak angin. Puas pujuk nak makan apa...tapi dia tak lalu nak makan katanya. Petang sikit...baru discharge. Hari nie check up semula dengan Dr...harap2 semuanya ok. Susah hati bila anak2 tak sihat nie. Terima kasih juga buat semua yang mendoakan.