nuff

Friday, 6 November 2015

SETAHUN SUDAH BERLALU

Ketika kamu merasa sedih, pejamkan matamu dan katakan dalam hatimu : 'Inilah perjalanan hidupku..Allah SWT yang letakkan aku di sini..Semua ini perancangan Allah SWT. Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNYA dan aku terima Qadak & Qadar diriku..Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Terima kasih Allah kerana mengasihiku..
Setahun berlalu..walaupun perit aku gagahi jua. Kadang2 orang tengok kita ketawa..kadang2 orang tengok gembira..tapi hanya kita yang tahu luka yang ada di hati kita. Walaupun lukanya sudah sembuh..namun parutnya tetap ada sampai bila2. Sampai sekarang aku masih tak dapat maafkan diri ini..kerana tak berada di sisi MySyuga pada saat2 dia memerlukan. Tidak dapat menatap wajahnya di saat2 akhir. Hanya dapat mengucup jasadnya yang telah kaku. Itulah kita..kadang2 terlalu sibuk dengan kehidupan sendiri..leka dengan permainan dunia sampai lupa ada insan2 yang memerlukan perhatian dan kasih sayang kita. Maafkan Kak Da...Ma..



Miss to hugh u, to kiss u..every single thing about u Ma..

Masa sungguh mencemburui kita, Ma. Masih banyak benda yang Kak Da nak kongsikan bersama Ma..Masih banyak benda yang Kak Da nak belajar dengan Ma..Kak Da nak jadi wanita yang hebat & serba-boleh macam Ma. Wanita yang kuat & gigih berusaha untuk kelangsungan hidup. Sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri untuk suami dan anak2. Setiap kali teringatkan Ma, airmata mengalir tanpa disedari. Tapi Kak Da kena kuat Ma...kuat untuk Abah, adik2 dan keluarga kita. Kami semua rindukan Ma...kami juga telah lama redha atas pemergian Ma. Hanya doa dari jauh yang dapat kami kirimkan buat Ma. Semoga tenang dalam lindungan kasih sayang Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. 

'Ya Allah...ampunilah dosa-dosa Ibuku, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya, bersihkanlah ia dengan air salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran. Masukkanlah ia ke dalam SyurgaMu dan lindungilah ia dari seksa kubur dan seksa api neraka. Amin... '