nuff

Sunday, 22 November 2015

RESIPI : APAM DOT DOT

Nak cakap teror masak memang taklah. Tapi sekarang nie semuanya kan senang. Semuanya di hujung jari. Google aje resipi apa yang nak...berderet keluar. Pokok pangkalnya hati...Apam nie dah beberapa kali jugak buat. First time buat besar cupcake...pastu keras pulak. Anak pun tak nak makan..Bak kata omputeh practise makes perfect...so inilah hasilnya..Meh nak share resipi..lagipun utk rujukan aku jugak. Kadang tulis dalam buku...buku pun boleh hilang. Syira selalu request buat apam nie bila ada jamuan kat sekolah.

Bahan-bahan
 3 biji telur
275 gm tepung gandum (3 cawan)
220 gm gula halus (1 cawan)
150 gm susu segar (3/4 cawan)
(kadang2 aku pakai je susu tepung 1 susu besar + air suam)
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette
Pewarna
Filing - boleh letak jem, coklat
(aku beli filing kat kedai barang kek. macam2 perisa ada)
 
Cara-cara 
Pukul telur, gula, ovalette sampai kembang. Sampai bertanduk dan ringan. Kalau terbalikkan bekas tu pun adunan tu takkan tumpah.

Pastu masukkan susu dan tepung secara berselang- seli. Biasanya aku masukkan baking powder dalam tepung siap2. Pastu masukkan esen vanilla. Dah sebati semua rupanya macam yang kat gambar atas.
Adunan tu aku letak kaler pink. Terpulang pada kreativiti masing2. Letak suku adunan dalam paper cup

Masukkan filing pilihan. Pastu masukkan sikit lagi adunan tutup filing tu
Adunan yang putih tu biasanya aku masukkan dalam plastik. Pastu gunting sikit muncung plastik tu, senang nak dot-dotkan atas adunan tadi. Nama pun apam dot2 wajiblah dot2 kan. Walau apapun yg penting macam aku cakap tadi terpulang pada kreativiti masing2. Aku punya rajin tahap ni aje.
Pastu kukus 10-15 minit. Aku pakai rice cooker sebab masa nie gas habis. Kalau kukus pakai dapur gas jangan pakai api terlampau besar. Api sederhana aje kang tak pasal2 merekah lak apam tu. Kukus 10-15 minit
Inilah hasilnya..Nak senang kukus dalam acuan merah nie. Senang sekali kukus banyak terus.