nuff

Friday, 20 November 2015

RAIKAN AIMAN DI MR STEAK, LAVENDER

Semalam penuhlah kat timeline FB pasal result UPSR. Seriusly memang mendebarkan jugak sebab anak aku kan salah seorang calon UPSR tahun nie. 2,3 hari sebelum tu..En Suami duk usik2 agak2 abang dapat berapa. Dengan confidentnya dia jawab 5A. Confident level tu dah bagus..cuma takde rezeki dia nak dapat 5A sebab aku tahu Mate dia lemah sikit. Kadang2 sampai bergaduh kalau ajar dia buat Mate. So pagi tu, memang takde apa lagi nak dibebelkan lagi. Cuma peluk dia ketat2 dan wish good luck je. Tapi yang buat rasa tacing bila dia cakap 'doakan abang ya'. Bergenang2 air mata mak kau nie. 
Mana ada Mak & Ayah yang tak nak tengok anak berjaya kan. Walaupun Aiman dapat 2A 3B, Ibu tetap bangga dengan Aiman. Ibu je tau susah payah anak Ibu setiap hari pergi kelas tambahan 4 hari seminggu. Pergi tuisyen 4 kali seminggu..pastu kena tahan telinga dengar Ibu & Ayah membebel suruh study.
So malamnya pergilah makan2 jap..meraikan anak katanya. Tak dapat nak pergi jauh2 sebab esoknya nak sekolah lagi kan. Kita tunggulah bila Ayah nak bawak kita jalan2..janji hari tu nak pergi lepas UPSR...sampai dah keluar result pun belum tertunai lagi janji tu...Pergi makan area rumah je...Mr Steak Lavender Heights. Baru je bukak. 
Tahun depan dah darjah 4...misi seterusnya 6A 
Ehh....kat sini mmg takde air panas tau. Semua blended2 je. Sedikit kekuranganlah di situ. Terpaksalah layan jugak. 
Aiman - Grill Chicken
Ibu & Syira - BBQ Chicken
Dapat makan pun sedih...sedih memikirkan kegebuan yang melampau. Aish...bila nak start jogging nie??
Ibu & Syira jugak - Char Keow Teow Udang seekor RM 7.00...kalau udang 2 ekor RM 9.00. Pilihan En Suami..BBQ Beef..baru je nak order Lamb takde stok. Nak order Salmon pun tak de. Restoran baru...maybe dah lama sikit lebih banyak pilihan yang ada. 
 
Tahniah jugak anak Ibu atas Anugerah Kecemerlangan Akademik. Berjaya mengekalkan kedudukan top 3 dalam kelas sejak awal tahun.
 
Terima kasih juga buat semua guru2 SK KGV, guru2 di Pusat Tuisyen Deru Warisan, Ampangan & SCP Learning Centre yang telah banyak mengajar & mendidik Aiman. SCP Learning Centre ni kat Dataran Senawang. Aiman start tuisyen kat sini sejak darjah 3. Banyak improve dia punya English. Really recomended..Haish...dah besar dah anak Ibu..tahun depan dah Form 1. Sedih pulak bila anak2 dah besar..bila Ibu nak cium2 depan orang dah tau malu..Tapi kalau malam selagi Ibu tak cium tak dapat nak tidur kan. Selamat menempuh alam remaja Aiman...Ibu dan Ayah sentiasa ada disisi untuk memimpin, menasihati dan mendorong kamu..Semoga lebih berjaya di masa akan datang. In Shaa Allah..