nuff

Wednesday, 11 November 2015

ENTRY MALAS (RANDOM)

Ini adalah entry yang dah lama dalam draft tapi lupa nak publishkan. Almaklumlah kan dah cakap sebelum nie...sibuk sampai tahap balik rumah tak nak buat apa2 pun, basuh kain...tido..Hari cuti baru curi masa lipat kain, lap2 habuk dan mengemop rumah.So layanlah entry ni..kiranya throwbacklah nie..
 
Hopefully keadaan jerebu bertambah baik...at least for whole week sebab kesian Si Syira asik mengadap buku. Exam akhir tahun asik tertunda aje. Tak jugak sebab bila aku suruh baca buku...tup2 dia mengemaslah...buang buku2 lamalah..mewarnalah..tau2 ada seplastik sampah dia kumpul. Nanti bila En Suami bising2..dia baca bukulah jugak..tapi bila jenguk dalam bilik..dah tergolek tidur..Aku malas nak bising2...sebenarnya penat dengan kerja2 kat pejabat sampai terbawak2 kat rumah. Tu yang pantang En Suami bergurau2 kasar, terus mood sentap sampai ke pagi. Melelehlah air liur ko bang...sapa suruh gurau kasar. Kadang2 rasa kejam jugak...kat anak2..iyalah bila badan & otak dah penat...pastu balik nak uruskan rumahtangga...anak2 pulak tak membantu..bukannya aku suruh mengemas, menyapu rumah bagai..suruh main elok2 dua beradik pun boleh gaduh. Kacau-bilau emosi mak kau nie..
 Inilah...ragamnya bila suruh baca buku..pantang kita leka sikit terus lelap. Anak...anak...
Tapi, alhamdulillah anak2 dah besar..dah pandai urus diri sendiri. Bolehlah sub sikit2 kerja pada diaorg. Biar belajar berdikari sikit. Lagipun 2,3 minggu asik cuti jerebu je. Bukan ada apa pun nak buat kat rumah. Yang si Aiman memang dah lama merdeka. Dah takde belek2 buku lagi dah. Tapi aku perasan duk sibuk baca novellah pulak. Aish...seram lak aku. Dan mula nak bercintakah?? Jeng..jeng..jeng..

So hari tu berkesempatan ke IOI Mall. Dah kali ke berapa pergi pun tak habis pusing satu mall. Misi kali nie ialah mencari bakul untuk letak baju kotor2...setiap kali pergi mesti kaler putih yang aku nak sold out. Yang ada cuma pink dan biru. Akhirnya misi kali nie tercapai..sempat jugak capai set cermin untuk  bathroom. Terus senyum sampai ke telinga sebab misi dah tercapai. Eh..lagipun masa aku pergi nie offer, kalau tak tak dapat harga macam nie. Tu yg paksa En Suami bawak pergi sana. Awal2 dah pesan kat anak2 no ice skating...ibu nak beli barang & makan2 je. Pasrah je anak2. 
Nanti kalau ada MASA, Ibu cat bilik Syira warna pink tau..
29102015
Entry bersambung2..kemalasan apakah yang melanda diri. Hari nie last day exam adik. Selalu memang macam tu kan..Mak2 memang over sikit. Exam akhir tahun kena pulun sikit..dapat result bagus..nanti dapat kelas pun bagus. Dah tak de apa2 nak fikir lagi. Tapi itulah...dek kerana kesibukan masing2..niat nak pergi bercuti lepas Aiman exam pun belum terlaksana lagi. Nak balik kampung pun tunggu cuti sekolah..lama sikit dapat cuti. Lagipun asik2 terbayang2 Ketam Telur Masin Sara Thai Kitchen. Ehh...orang Kuantan, nak open table pun tunggulah kami balik dulu.