nuff

Sunday, 29 November 2015

AWE YONG TAU FOO CONFIRM SEDAP

 
Akhirnya tercapai jugak hasrat di hati nak makan kat sini. Musim hujan2 nie nak makan benda yang panas2 dan berkuah. Ikutkan ni kali yang ke 3 datang baru dapat makan kat sini. First datang, kedai tutup. Kali ke 2 datang dah nak turun keta dah tetiba rebas (hujan manja2) pulak. Meja yang berbumbung semua dah full booked. En Suami memang pantang sikit bab hujan2 nie. Terus dia cakap makan kat tempat lain. Tertelan2 ailio akak...nasib tak mengandung..
Sedap sup dia..cukup rasa..
Tak sempat nak amik gambar banyak2 sebab anak2 dah tak sabar nak makan. Sos dia paling special sebab ada extra sos yang pedas berdengung katanya. So bila makan tak rasa muak...Podeh tapi sodap.. 
Sumber : FB Awe Yong Tau Foo Paroi Jaya

Sumber : FB Awe Yong Tau Foo Paroi Jaya  
 Sumber : FB Awe Yong Tau Foo Paroi Jaya
Sumber : FB Awe Yong Tau Foo Paroi Jaya
 Sumber : FB Awe Yong Tau Foo Paroi Jaya
Sumber : FB Awe Yong Tau Foo Paroi Jaya
  Sumber : FB Awe Yong Tau Foo Paroi Jaya
Sate dan mee rebus Singapore pun ada , tapi tak sempat nak test mee rebus sebab dah kekenyangan makan yong tau foo. Pstt..tapi sate pun sedap. Really recomended sebab gerai bersih..selesa..sedap mata memandang....dan ofkoslah sedap juga rasanya. Paling penting harga pun murah...berbaloi2...
LOKASI :-
PERSIARAN RAJAWALI OR
JALAN NURI
TAMAN PAROI JAYA
SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
 
LANDMARK:-
BERDEKATAN IJAN BURGER & NASI ARAB DAMSYIK CAW. PAROI JAYA & LEHA WORLD
 
WAKTU OPERASI :-
5.30PM - 12.00AM
(TUTUP ISNIN)
UNTUK INFORMASI TERKINI SILA LAH LIKE PAGE

Nak tahu maklumat lanjut, bolehlah like page di atas. Manalah tau sampai depan kedai tutup pulak kan. Owner dia selalu update dalam fb kedai buka ke tak. So, takdelah tertelan ailio macam akak...Selamat mencuba dan menjamu selera.
 
#Tak ada kena mengena @ bau2 bacang pun dengan owner. Benda sedap dan menarik saya suka share.
 

Sunday, 22 November 2015

RESIPI : APAM DOT DOT

Nak cakap teror masak memang taklah. Tapi sekarang nie semuanya kan senang. Semuanya di hujung jari. Google aje resipi apa yang nak...berderet keluar. Pokok pangkalnya hati...Apam nie dah beberapa kali jugak buat. First time buat besar cupcake...pastu keras pulak. Anak pun tak nak makan..Bak kata omputeh practise makes perfect...so inilah hasilnya..Meh nak share resipi..lagipun utk rujukan aku jugak. Kadang tulis dalam buku...buku pun boleh hilang. Syira selalu request buat apam nie bila ada jamuan kat sekolah.

Bahan-bahan
 3 biji telur
275 gm tepung gandum (3 cawan)
220 gm gula halus (1 cawan)
150 gm susu segar (3/4 cawan)
(kadang2 aku pakai je susu tepung 1 susu besar + air suam)
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette
Pewarna
Filing - boleh letak jem, coklat
(aku beli filing kat kedai barang kek. macam2 perisa ada)
 
Cara-cara 
Pukul telur, gula, ovalette sampai kembang. Sampai bertanduk dan ringan. Kalau terbalikkan bekas tu pun adunan tu takkan tumpah.

Pastu masukkan susu dan tepung secara berselang- seli. Biasanya aku masukkan baking powder dalam tepung siap2. Pastu masukkan esen vanilla. Dah sebati semua rupanya macam yang kat gambar atas.
Adunan tu aku letak kaler pink. Terpulang pada kreativiti masing2. Letak suku adunan dalam paper cup

Masukkan filing pilihan. Pastu masukkan sikit lagi adunan tutup filing tu
Adunan yang putih tu biasanya aku masukkan dalam plastik. Pastu gunting sikit muncung plastik tu, senang nak dot-dotkan atas adunan tadi. Nama pun apam dot2 wajiblah dot2 kan. Walau apapun yg penting macam aku cakap tadi terpulang pada kreativiti masing2. Aku punya rajin tahap ni aje.
Pastu kukus 10-15 minit. Aku pakai rice cooker sebab masa nie gas habis. Kalau kukus pakai dapur gas jangan pakai api terlampau besar. Api sederhana aje kang tak pasal2 merekah lak apam tu. Kukus 10-15 minit
Inilah hasilnya..Nak senang kukus dalam acuan merah nie. Senang sekali kukus banyak terus.



Friday, 20 November 2015

RAIKAN AIMAN DI MR STEAK, LAVENDER

Semalam penuhlah kat timeline FB pasal result UPSR. Seriusly memang mendebarkan jugak sebab anak aku kan salah seorang calon UPSR tahun nie. 2,3 hari sebelum tu..En Suami duk usik2 agak2 abang dapat berapa. Dengan confidentnya dia jawab 5A. Confident level tu dah bagus..cuma takde rezeki dia nak dapat 5A sebab aku tahu Mate dia lemah sikit. Kadang2 sampai bergaduh kalau ajar dia buat Mate. So pagi tu, memang takde apa lagi nak dibebelkan lagi. Cuma peluk dia ketat2 dan wish good luck je. Tapi yang buat rasa tacing bila dia cakap 'doakan abang ya'. Bergenang2 air mata mak kau nie. 
Mana ada Mak & Ayah yang tak nak tengok anak berjaya kan. Walaupun Aiman dapat 2A 3B, Ibu tetap bangga dengan Aiman. Ibu je tau susah payah anak Ibu setiap hari pergi kelas tambahan 4 hari seminggu. Pergi tuisyen 4 kali seminggu..pastu kena tahan telinga dengar Ibu & Ayah membebel suruh study.
So malamnya pergilah makan2 jap..meraikan anak katanya. Tak dapat nak pergi jauh2 sebab esoknya nak sekolah lagi kan. Kita tunggulah bila Ayah nak bawak kita jalan2..janji hari tu nak pergi lepas UPSR...sampai dah keluar result pun belum tertunai lagi janji tu...Pergi makan area rumah je...Mr Steak Lavender Heights. Baru je bukak. 
Tahun depan dah darjah 4...misi seterusnya 6A 
Ehh....kat sini mmg takde air panas tau. Semua blended2 je. Sedikit kekuranganlah di situ. Terpaksalah layan jugak. 
Aiman - Grill Chicken
Ibu & Syira - BBQ Chicken
Dapat makan pun sedih...sedih memikirkan kegebuan yang melampau. Aish...bila nak start jogging nie??
Ibu & Syira jugak - Char Keow Teow Udang seekor RM 7.00...kalau udang 2 ekor RM 9.00. Pilihan En Suami..BBQ Beef..baru je nak order Lamb takde stok. Nak order Salmon pun tak de. Restoran baru...maybe dah lama sikit lebih banyak pilihan yang ada. 
 
Tahniah jugak anak Ibu atas Anugerah Kecemerlangan Akademik. Berjaya mengekalkan kedudukan top 3 dalam kelas sejak awal tahun.
 
Terima kasih juga buat semua guru2 SK KGV, guru2 di Pusat Tuisyen Deru Warisan, Ampangan & SCP Learning Centre yang telah banyak mengajar & mendidik Aiman. SCP Learning Centre ni kat Dataran Senawang. Aiman start tuisyen kat sini sejak darjah 3. Banyak improve dia punya English. Really recomended..Haish...dah besar dah anak Ibu..tahun depan dah Form 1. Sedih pulak bila anak2 dah besar..bila Ibu nak cium2 depan orang dah tau malu..Tapi kalau malam selagi Ibu tak cium tak dapat nak tidur kan. Selamat menempuh alam remaja Aiman...Ibu dan Ayah sentiasa ada disisi untuk memimpin, menasihati dan mendorong kamu..Semoga lebih berjaya di masa akan datang. In Shaa Allah..

Tuesday, 17 November 2015

MAJLIS PERSARAAN PENGARAH JPNS

 Sebenarnya tak de apa nak citer. Tapi dah gambar terlalu banyak..pastu cantik2 pulak..haruslah simpan dalam blog kan. Aktiviti awal pagi di mulakan dengan sesi bergambar. Habis tu semua dah nampak cantik..nampak lawa...haruslah berwefie kan..
Macam2 ragam bila diajak bergambar
Lawatan terakhir Puan Pengarah ke Unit Akaun
Ehh...cantik tudung..
Pengantin lama...esok kita pencen belum tentu ada pelamin macam ini. Mehlah kita bergambar dulu.
Unit Akaun & Kewangan
Pantang betul...memasing dah standby senyum
Ucapan terakhir dari Puan Pengarah.
Layan jelah gambar. Malas nak citer