nuff

Monday, 12 October 2015

OKTOBER DATANG LAGI

Nak update belog, tapi tetiba blur semacam je. Asik on off je pc mengalahkan orang frust bercinta..Serba tak kena dibuatnya. Penat dan stress dengan kerja kot...Sesiapa yang kerja bahagian akaun & kewangan, 3 bulan terakhir ni memang merupakan tempoh yang sukar. Iyalah akaun nak closed kerja pulak tak habis2...Balik kerja penat2 anak2 pula buat perangai. Ingatkan kecik2 dulu je meragam...tapi ragam bila dah besar nie lagi hebat rupanya. Sorang kuat mengusik...sorang kuat menjerit. Memang boleh mengundang kemarahan mak korang je nie. Kalau boleh malas dah nak rotan2 dah besar2 nie..tapi bebudak nie macam gian je nak kena sesah. Aishhh..tak tahulah ikut perangai sapa nie...Nak jugak salahkan orang lain.
 
Dulu kalau kat opis lama, hari2 bos menyanyi kat telinga suruh OT siapakan kerja. Siap deal ngan bos saya akan pastikan kerja saya siap tanpa perlu buat OT. Iyalah masa tu anak2 kecik lagi, pastu mak mertua pulak yang jaga. Sampai hati ke nak balik kerja lambat2, ingat tak penat ke jaga budak. Seboleh2nya memang tak nak buat OT, tapi kena workout lebihlah sikit.Tapi bila kerja kat tempat sekarang situasinya berbeza. Opis besar, skop kerja tak luas tapi beban kerja kadang2 mengatasi kemampuan diri. Kesian tengok member2 kat opis...yang dengan anak keciklah lagi...yg dengan pregnant lagi. Aku yg anak2 dah besar nie pun, sampai nak termuntah duk buat kerja. .

Hari2 pegang pen merah dan kalkulator. Biar meja bersepah, yg penting stok makanan mesti ada atas meja.
 
Buat rakan2 di Unit Akaun, jangan stress2. Jaga kesihatan dan yang paling penting jangan paksa diri. Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi....Ha..ha...Terima kasih En Suami sebab faham dengan situasi & emosi Pn Isteri. Kadang2 balik rumah pun dah penat. Biasalah bila badan dah penat emosi pun macam roller coaster. Kang terbebel sana sini..Tapi hilang penat sekelip mata bila En Suami tetiba cakap tak yah masak...makan kat luar ajelah. Terima kasih awak....ehhh...tetiba rasa ngantuk sangat nieh..Bila perut dah kenyang maka katil pun mulalah memanggil.
 
#tnt#baucar#wpk#upsr#pt3#spm#