nuff

Saturday, 3 October 2015

DENDENG DAGING SIMPLE

Musim2 raya korban mesti banyak stok daging kan..Sesekali cer buat dendeng daging. Simple, senang dan yang penting sedap..wallaweh
Rebus daging...potong nipis2 pastu tumbuk dan perap dengan kicap manis. Lagi lama perap lagi sedap. Pastu goreng sampai agak2 garing.
Blend bawang merah, bawang putih, bawang besar & cili kering. Aku tambah cili padi sikit. Pedas baru ngam.
Ini hasilnya.
Mayang sikit halia & bawang besar. Halia tu nak blender pun boleh je. Tapi lagi suka kali hiris nipis2 je. Tumis cili sampai garing, pastu masukkan balik daging yang dah goreng tadi. Tapi aku kan nak buat benda yang mudah je. Pas goreng daging tadi aku terus masukkan bahan2 yang dah kisar tadi. Pastu masukkan halia. 
Pastu biarlah mendidih. Agak2 nak kering masukkan bawang besar, tambah kicap manis sikit lagi & garam.
Ok...dah siap. Resipi paling senang..tak payah nak masukkan jintan ke..rempah apa ke.. 
Agak2 nak cepat...masak black pepper aka lada hitam lagi senang. Kalau org N9 lebih suka masak lemak cili api..campur rebunglah..masak lompaplah..Oleh sebab akak bukan org negeri..akak lebih suka yg goreng2 dan yg simple2. Nak yg lomak2 tunggu Mertua masak. okehh..Cuba jangan tak cuba tau...