nuff

Friday, 16 October 2015

CUTI, MAKAN & MASAK

Assalamualaikum...
 
Salam Maal Hijrah 1437h..Di kesempatan nie, aku nak minta ampun dan maaf andai kata sepanjang berblogging nie ada kata2 atau catatan aku yang menyinggung perasaan mana2 pihak. Tak juga buat semua yang mengenali diri ini terutama family, sanak-saudara, sahabat2 jauh dan dekat serta sahabat2 di alam maya. Walaupun tak pernah bersua muka, semoga ikatan persahabatan ini memberi manafaat dan kebaikan kepada kedua-dua pihak. Tahun baru, permulaan baru, azam baru...semoga diri ini diberi ruang dan kesempatan olehNYA untuk memperbaiki diri dan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya . In Shaa Allah..

So, cuti Maal Hijrah hari tu memang tak ke mana-mana. Hajat di hati nak ke pejabat, menyelesaikan kerja2 di pejabat yang tak akan pernah selesai. Tapi itulah, bila dah tak tahu drive nak suruh En Suami menghantar dan menjemput tu yg kadang2 susah. Memikirkan kerja kat pejabat kadang2 memang buat rasa stress.....malas nak layan sangat perasaan tu. So, duduk di rumah sahajalah menyelesaikan apa yang patut. Selongkar sana..selongkar sini..marilah kita membaking. Hajat di hati nak buat Kek Marble Pisang...tapi teringat pulak ada yang request Congo Bar. 


 Adunan bila dah masuk dalam loyang memang nampak sikit dan rata. Tapi bila dah dibakar terus naik 3 kali ganda. Nak resipi boleh klik Sini.
 Ada orang dah tak sabar nak tunggu Congo Bar masak...harum satu rumah. Dah siap booking nak bawak pergi sekolah.
Just nak share my 1st time masak Ikan Patin Masak Tempoyak. Selalu memang tapau je kat opis. Kebetulan hari tu ofismate balik Pahang, so dia memang selalu beli ikan patin sebab ada je yg duk mengirim. Sekali terbeli 2 ekorlah pulak. Anak dara memang suka sangat nie. Meratah sambil hirup2 kuah. Anak bujang lak tak berapa nak makan sebab dia cakap 'tempoyak=smelly'. Tapi haritu aku masak elok je dia makan. Abaikan cili yang nampak kasar2 tu, tak larat malas nak menumbuk kasi halus. Adalah ikan lagi sekor tu, tapi tempoyak pulak dah habis. Mana nak cari nie?? Sapa ada stok???