nuff

Tuesday, 29 September 2015

SALAM AIDILADHA 2015

Assalamualaikum....masih belum terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat muslimin dan muslimat semua. So kali nie beraya kat Seremban aje...Alhamdulillah dikurniakan sedikit rezeki untuk sama2 menyertai ibadah korban kali nie. Ehh...bukan aku tapi En Suami...so memandangkan tak balik kampung, mood nak beraya terus ke laut. Aku tak masak apa2 pun, cuma pergi rumah Mertua, bukan tolong apa pun sebab kerja haritu. Pastu tetiba bos cakap boleh balik awal & tetiba melimpah ruah rasa sayang kat bos (bos kita perempuan ehh).. Singgah jap tolong basuh pinggan mangkuk, kemas itu ini, tukang kacau2, pastu jadi tukang rasa sebab Mak puasa. Lagipun aku sampai je rumah tengok semua dah tertenggek atas dapur. Uisshh...pantas sungguh emak dan abah bergandingan kat dapur. 
Rendang Ayam Pencen
Sepatutnya En Suami suruh mak masak kari kambing..miss communication punya pasal terus jadi rendang kambing.
Kuah Lontong aka Lodeh. Belum apa2 dah konyang sebab asik duk jadi tukang rasa dan tukang gelak tgk drama mak & abah. Maklumlah bila dah ada 2 org tukang masak kat dapur. Yg tu cakap garam lebih, yang tu lak cakap tak cukup asam..
Cucu2 lelaki je yang sibuk kat dapur. Yg perempuan tak ramai, pastu kocik2 lagi. Kang aku lak yang terjerit2 marah sebab bila dah ramai2 nie ada lak yang masuk dalam kuali rendang. Dalam kul 3 lebih dah siap masak rendang semua. Bab masak ketupat dah suruh anak buah settlekan kat luar rumah. Merungut2 dia sebab mata pedih masuk asap. Eh...kan Mak Lang dah bagi upah tadi. Anak2 pulak sibuk nak keluar tengok wayang...so lari jap pergi layan Polis Evo. Akak kasi 4 1/2 bintang..not bad...tergelak2 akak dibuatnya.



Sejak dah besar nie, nak amik gambar pun susah.
 Next day...
Lepas sembahyang raya kat rumah, terus ke surau Kg Sentosa. Dah tau Mertua mesti takde kat rumah, mesti dah ke surau. Eh...Pak Lang nampak handsomelah...bukan aku yang cakap. Anak buah yang cakap..tapi kalau budak2 cakap tu biasanya betul...Matilah puji laki sendirik..
Meriah tahun nie..7 ekor lembu berjaya ditumbangkan.

Syira sibuk duk cakap nanti dia loya bila tengok darah. Tapi bila dah sampai jumpa lak sepupu2 dia, terus ke depan sekali. 







Anak dan ayah bergabung tenaga


Kepanasan..rehat jap kat surau. 
Anak sapalah nie...rajin macam mak dia jugak. Tak sempat nak masukkan dalam tong ais...ramai yang dah standby.

Kat rumah tak pandai pun nak potong memotong nie. Bila dah ramai2 ni automatik jadi pandai. Sekarang nie alasan tak pandai dah tak boleh pakai. Kalau dah rasa tak pandai tu, belajar2lah ye. Pokok pangkalnya hati. Renung2kan...
Mak mertua aku and the geng.
Pembahagian daging dan settle...sekarang pembahagian tulang pulak. Selalu duk rumah tunggu je mak bawak balik daging dan tulang. Tapi tahun ni dari awal proses sampai habis kemas duk tengok...so tahulah serba-sedikit. Sejak dah nk menghampiri 4 series ni...kenalah amik tahu jugak. Bukan semua benda boleh belajar dalam buku kan....
Pn Blog dan geng ibu mertuaku
Sebelum tu sempat jugak buat biskut raya. Beli bahan nak buat masa raya Aidilfitri haritu. Aidiladha baru biskut siap. Ada lagi lebih cornflakes tu...agak2 rajin celup coklat ajelah. Agak2 malas makan ngan susu ajelah nampaknya..

#rinduabah