nuff

Thursday, 10 September 2015

AIMAN DAH MERDEKA

First time anak nak amik exam besar, beginilah ragamnya. Jap2 terjaga tengok jam..jap2 terjaga. Pastu si Aiman request nak sarapan dulu kat rumah...nak pergi sekolah awal sikit sebab ada bacaan Yassin sebelum exam. Blur kejap Ibu kau nie Aiman...sebenarnya kepenatan seharian kerjanya memasak hari Ahad tu sebab sepupu En Suami datang. Pastu pepagi Isnin tu dapat tau pulak bapa saudara En Suami meninggal. Terkejut jugak...sebab Pak Lang cuma demam.  Tetiba je.... Dahlah kebetulan anak & menantu dia kat rumah mertua aku masa tu. Bergegas diaorg balik tengah malam tu. Settle hal anak ke sekolah dulu, bergegas pulak ke Melaka. Selesai urusan pengebumian kelam-kabut balik Seremban jemput anak balik sekolah. Iyalah nenek & atuk takde kesian diaorg balik dari sekolah kelaparan.
Ok...esok dah nak start exam...just refresh sikit2 je. Boleh pulak study sambil dengar radio. Siap menyanyi pulak tu. Malas nak membebel lebih2, kang sentap pulak. Sebenarnya Ibu yang dah mengantuk. Cepatlah...cepatlah...nak tido nie.
Yang ni pun sama sibuk duk mengacau abang. Suruh baca buku dalam bilik sendiri taknak. Tak faham budak2 sekarang nie...dalam bilik sendiri pun takut.
Kau mampu study waktu malam pakai spek hitam...Apa yg nampak???

Hari Jumaat sebelum tu sempat ke sekolah untuk bacaan Yassin & sembahyang hajat. Hujan renyai2 sambil diiringi bacaan Yassin diketuai oleh Guru Besar SK KGV, En Tamyes Saimun. Alhamduliilah...bertambah sebak pulak bila dengar bacaan doa dari Guru Besar sambil diaminkan oleh anak2 yang bakal menduduki UPSR.
 

 2,3 hari nie memang asyik melayan perangai si bujang nie. Banyak pulak permintaannya. Ada jugak tanya2 pasal paper yang dah amik..Jawapan standard dia...ada yang senang...ada yang susah..yang susah Aiman bantai je jawab. Menyirap je En Suami mendengarnya...ha..ha..Mana ada ibu & ayah yang tak nak anak2 berjaya kan. Walau apa pun keputusan Aiman, Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Aiman. Semoga menjadi anak yang soleh, membahagiakan Ibu dan Ayah dan berjaya di dunia dan akhirat. In Shaa Allah. Amin...


Nota Kaki : Psttt...anak baru habis paper petang nie, En Suami dah tanya mana nak pergi petang nanti. Nampak sangat En Suami yang stress..