nuff

Monday, 14 September 2015

13th ANNIVERSARY

Alhamdulillah 13 tahun bersama membina mahligai cinta...Sebenarnya angka bukanlah ukuran sebenar kebahagian setiap pasangan. Cinta kadang2 tak perlu diungkapkan dengan kata2..sebab tu En Suami cakap 'Cinta adalah sesuatu yang abstrak...ianya tidak dijual, dibeli dan tidak juga dicipta..tetapi ia datang dengan SENDIRI'..tapi aku pulak cakap kat En Suami..'Rindu takkan berbunga jika cinta tak berputik'. Kah..kah...kah..itu cerita 16 tahun lepas masa mula2 bercinta..

Auuw..panjang nau intronya..sebenarnya nak bagitau hari nie anniversary kami yang ke 13 tahun (14.09.2002) dan esok pulak anniversary kami bercouple yang ke 16 tahun (15.09.1999). Saja pilih tarikh kawin dekat2 senang nak ingat & celebrate. Dulu tiap2 bulan En Suami wish kat aku. Siap mention berapa tahun berapa bulan. Gigih set reminder kat henfon..kang tengah malam berbunyi2 tetiba wish kat aku... Tapi bila Pn Isteri macam kisah tak kisah...terus tetiba benda tu lenyap macam tu je...kesian En Suami.  Tu belum kira masa mula2 couple dulu...sebulan couple datang hantar bunga...2 bulan couple hantar bunga. Last2 dah tak hantar sebab aku cakap daripada hantar bunga baik belanja makan. Orang tu baru nak romantik2...terus sentap. Cer sekarang mintak bunga ...silap2 pokok bunga ngan pasu2 kat rumah dia bagi aku. Silap2 dia ajak aku pergi nursery suruh pilih nak tanam pokok apa.

Banyak kenangan pahit, manis..suka dan duka sepanjang perkenalan dan perkahwinan.  Laut mana yang tidak bergelora...Sedangkan lidah lagikan tergigit..biasalah setiap perkahwinan pasti ada pasang surutnya. Tipulah kalau cakap tak pernah sentap, gaduh2, masam muka, tak puas hati...maklumlah sama2 anak no 3. Kepala angin sikit masing2...tapi itulah...kawin dulu pun bukannya mak ayah paksa...sama2 suka...sama2 cinta..so belajarlah memahami dan menerima pasangan kita seadanya. Tak sempurna di mata orang..tapi tetap istimewa di mata aku. Suamiku bukanlah Mr Perfect 10...tapi bila kain dah kering dialah yang tolong angkat, bila rumah bersepah & bersawang dialah tukang menyapu & mengemas, bila isteri nak kemana2..dialah jadi driver (padan muka), tukang cat rumah, tukang paip, tukang spray bilik, tukang itu..tukang ini..

Terima kasih awak...kerana menerima saya seadanya. Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang ke 13. Sejak kebelakangan ni, banyak dugaan yang telah kita sama-sama tempuhi. Walau zahirnya saya nampak kuat, tapi hakikatnya saya tetap seorang perempuan yang memerlukan tangan seorang lelaki untuk memimpin saya terus melangkah ke hadapan. Semoga segala impian kita menjadi kenyataan...dan semoga rumahtangga kita kekal bahagia hinggah ke Jannah. In Shaa Allah...Amin... 

2009
 2008
2003
  2002
2001 - Cinta kami berputik di sini

Psst..sebenarnya banyak nak citer...tapi kang kot citer satu entry takut jadi novel pulak. Lain kali akak sambung citer yeah...