nuff

Tuesday, 29 September 2015

SALAM AIDILADHA 2015

Assalamualaikum....masih belum terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat muslimin dan muslimat semua. So kali nie beraya kat Seremban aje...Alhamdulillah dikurniakan sedikit rezeki untuk sama2 menyertai ibadah korban kali nie. Ehh...bukan aku tapi En Suami...so memandangkan tak balik kampung, mood nak beraya terus ke laut. Aku tak masak apa2 pun, cuma pergi rumah Mertua, bukan tolong apa pun sebab kerja haritu. Pastu tetiba bos cakap boleh balik awal & tetiba melimpah ruah rasa sayang kat bos (bos kita perempuan ehh).. Singgah jap tolong basuh pinggan mangkuk, kemas itu ini, tukang kacau2, pastu jadi tukang rasa sebab Mak puasa. Lagipun aku sampai je rumah tengok semua dah tertenggek atas dapur. Uisshh...pantas sungguh emak dan abah bergandingan kat dapur. 
Rendang Ayam Pencen
Sepatutnya En Suami suruh mak masak kari kambing..miss communication punya pasal terus jadi rendang kambing.
Kuah Lontong aka Lodeh. Belum apa2 dah konyang sebab asik duk jadi tukang rasa dan tukang gelak tgk drama mak & abah. Maklumlah bila dah ada 2 org tukang masak kat dapur. Yg tu cakap garam lebih, yang tu lak cakap tak cukup asam..
Cucu2 lelaki je yang sibuk kat dapur. Yg perempuan tak ramai, pastu kocik2 lagi. Kang aku lak yang terjerit2 marah sebab bila dah ramai2 nie ada lak yang masuk dalam kuali rendang. Dalam kul 3 lebih dah siap masak rendang semua. Bab masak ketupat dah suruh anak buah settlekan kat luar rumah. Merungut2 dia sebab mata pedih masuk asap. Eh...kan Mak Lang dah bagi upah tadi. Anak2 pulak sibuk nak keluar tengok wayang...so lari jap pergi layan Polis Evo. Akak kasi 4 1/2 bintang..not bad...tergelak2 akak dibuatnya.



Sejak dah besar nie, nak amik gambar pun susah.
 Next day...
Lepas sembahyang raya kat rumah, terus ke surau Kg Sentosa. Dah tau Mertua mesti takde kat rumah, mesti dah ke surau. Eh...Pak Lang nampak handsomelah...bukan aku yang cakap. Anak buah yang cakap..tapi kalau budak2 cakap tu biasanya betul...Matilah puji laki sendirik..
Meriah tahun nie..7 ekor lembu berjaya ditumbangkan.

Syira sibuk duk cakap nanti dia loya bila tengok darah. Tapi bila dah sampai jumpa lak sepupu2 dia, terus ke depan sekali. 







Anak dan ayah bergabung tenaga


Kepanasan..rehat jap kat surau. 
Anak sapalah nie...rajin macam mak dia jugak. Tak sempat nak masukkan dalam tong ais...ramai yang dah standby.

Kat rumah tak pandai pun nak potong memotong nie. Bila dah ramai2 ni automatik jadi pandai. Sekarang nie alasan tak pandai dah tak boleh pakai. Kalau dah rasa tak pandai tu, belajar2lah ye. Pokok pangkalnya hati. Renung2kan...
Mak mertua aku and the geng.
Pembahagian daging dan settle...sekarang pembahagian tulang pulak. Selalu duk rumah tunggu je mak bawak balik daging dan tulang. Tapi tahun ni dari awal proses sampai habis kemas duk tengok...so tahulah serba-sedikit. Sejak dah nk menghampiri 4 series ni...kenalah amik tahu jugak. Bukan semua benda boleh belajar dalam buku kan....
Pn Blog dan geng ibu mertuaku
Sebelum tu sempat jugak buat biskut raya. Beli bahan nak buat masa raya Aidilfitri haritu. Aidiladha baru biskut siap. Ada lagi lebih cornflakes tu...agak2 rajin celup coklat ajelah. Agak2 malas makan ngan susu ajelah nampaknya..

#rinduabah

Monday, 14 September 2015

13th ANNIVERSARY

Alhamdulillah 13 tahun bersama membina mahligai cinta...Sebenarnya angka bukanlah ukuran sebenar kebahagian setiap pasangan. Cinta kadang2 tak perlu diungkapkan dengan kata2..sebab tu En Suami cakap 'Cinta adalah sesuatu yang abstrak...ianya tidak dijual, dibeli dan tidak juga dicipta..tetapi ia datang dengan SENDIRI'..tapi aku pulak cakap kat En Suami..'Rindu takkan berbunga jika cinta tak berputik'. Kah..kah...kah..itu cerita 16 tahun lepas masa mula2 bercinta..

Auuw..panjang nau intronya..sebenarnya nak bagitau hari nie anniversary kami yang ke 13 tahun (14.09.2002) dan esok pulak anniversary kami bercouple yang ke 16 tahun (15.09.1999). Saja pilih tarikh kawin dekat2 senang nak ingat & celebrate. Dulu tiap2 bulan En Suami wish kat aku. Siap mention berapa tahun berapa bulan. Gigih set reminder kat henfon..kang tengah malam berbunyi2 tetiba wish kat aku... Tapi bila Pn Isteri macam kisah tak kisah...terus tetiba benda tu lenyap macam tu je...kesian En Suami.  Tu belum kira masa mula2 couple dulu...sebulan couple datang hantar bunga...2 bulan couple hantar bunga. Last2 dah tak hantar sebab aku cakap daripada hantar bunga baik belanja makan. Orang tu baru nak romantik2...terus sentap. Cer sekarang mintak bunga ...silap2 pokok bunga ngan pasu2 kat rumah dia bagi aku. Silap2 dia ajak aku pergi nursery suruh pilih nak tanam pokok apa.

Banyak kenangan pahit, manis..suka dan duka sepanjang perkenalan dan perkahwinan.  Laut mana yang tidak bergelora...Sedangkan lidah lagikan tergigit..biasalah setiap perkahwinan pasti ada pasang surutnya. Tipulah kalau cakap tak pernah sentap, gaduh2, masam muka, tak puas hati...maklumlah sama2 anak no 3. Kepala angin sikit masing2...tapi itulah...kawin dulu pun bukannya mak ayah paksa...sama2 suka...sama2 cinta..so belajarlah memahami dan menerima pasangan kita seadanya. Tak sempurna di mata orang..tapi tetap istimewa di mata aku. Suamiku bukanlah Mr Perfect 10...tapi bila kain dah kering dialah yang tolong angkat, bila rumah bersepah & bersawang dialah tukang menyapu & mengemas, bila isteri nak kemana2..dialah jadi driver (padan muka), tukang cat rumah, tukang paip, tukang spray bilik, tukang itu..tukang ini..

Terima kasih awak...kerana menerima saya seadanya. Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang ke 13. Sejak kebelakangan ni, banyak dugaan yang telah kita sama-sama tempuhi. Walau zahirnya saya nampak kuat, tapi hakikatnya saya tetap seorang perempuan yang memerlukan tangan seorang lelaki untuk memimpin saya terus melangkah ke hadapan. Semoga segala impian kita menjadi kenyataan...dan semoga rumahtangga kita kekal bahagia hinggah ke Jannah. In Shaa Allah...Amin... 

2009
 2008
2003
  2002
2001 - Cinta kami berputik di sini

Psst..sebenarnya banyak nak citer...tapi kang kot citer satu entry takut jadi novel pulak. Lain kali akak sambung citer yeah...

Sunday, 13 September 2015

I'M A SUPERMOM..


Ehh..korang macam tu ker?? Yess..aku akui memang aku camtu..bila En Suami ada kat rumah aku memang jadi blur nak menguruskan rumah. Bukan blur tapi aku jeles sebab aku duduk mengemas dari depan ke belakang..dari belakang ke depan...tapi dia duk tercongok depan tv..Orang tu baru nak berehat2 hari2 cuti..almaklumlah hari2 kerja masuk hutan...memanjat bukit bukau...tu belum lagi dikira kerja2 overtime tengah malam kan...Kah..kah..

Tapi korang perasan tak..aku rasa sekarang nie masa macam cepat sangat berlalu. Balik kerja 4.30 petang pastu amik anak semua tup2...dah pukul 5 lebih baru sampai rumah. Pastu terkejar2 nak masak untuk makan malam..sambil masak sambil mesin kain...pastu nak sidai kain. Selalu balik kain memang dah berangkat sebab En Suami dah balik dulu. Dah siap2 masak...mengemas itu ini nak makan malam pulak. Dah makan nak basuh pinggan, kemas meja, sapu2 sikit...eh nampak lantai kotor nak moplah pulak. Teringat  botol2 air anak, emak & bapak belum basuh lagi. Jap lagi dah nak masukkan air untuk esok pulak. Nak teman anak2 study sambil belek2 buku sekolah diaorang. Teringat pulak baju sekolah yg pakai siang tadi belum rendam lagi. Ok rendam dulu biar En Suami yg basuh..sebab dia sental kuat sikit. Aku tak kuasa nak menyental kuat2, senak perut aku nanti. 

Ternampak pulak kain dalam bakul belum berlipat. Rasa dah 2 hari dalam bakul. Oklah sambil tengok anak2 buat homework...sambil lipat kain. Dah lipat simpan balik dalam bakul sebab dah penat nak simpan dalam almari. Takpe...esok masih ada. Ok..anak2 dah time...pergi tidur. Masuk dapur nak minum air ternampak lak air masak makin kurang. Kang nak masuk dalam botol air masing2 dah tak cukup pulak. Ok...masak air dulu baru masuk tidur. Baju sekolah & baju kerja pun belum gosok tapi dah penat sangat nie. Nasib En Suami yg cerewet & teliti tu tak payah nak iron2 baju pergi kerja. Habis tu dah kerja kat site takkan nak pakai long sleeve kot. Arghh...lega...kot tergosok baju or seluar ada 2 line mau tak dipakainya...

Aku rasa rutin aku sama je dengan ibu2, mak2, umi2 & mami2 yang bekerja. Cuma lega sikit dah tak payah bangun buat susu anak tengah2 malam. Maklumlah setakat ini belum ada baby lagi. So memang tidur dengan nyenyak tanpa gangguan melainkan ehem..ehem...Sendiri mau ingatlah yek..Kadang2 memang penat...tapi bila fikir2 balik..kalau aku tak buat siapa lagi nak buatkan. In Shaa Allah...ada ganjaran yang Allah janjikan atas apa yg kita buat untuk membahagiakan anak2 dan suami. 

So bila hari cuti memang baru betul2 mengemas rumah. Barulah mengemop semua bilik, memvakum..lap habuk sana-sini. Semua benda nak buat dalam 1 hari. Pastu bila dah penat...marah2..tu memang perangai aku. Hari cutilah nak beli barang2 dapur...siap2 potong terus masuk dalam bekas..stok untuk seminggu. Sebab bila hari bekerja kan semua nak cepat. Main campak2 aje...tapi jarang jugak memasak. Sebab bila balik kerja selalu buat2 muka penat kat En Suami. Pastu En Suami pulak tetiba ajak singgah minum2 n makan2 dulu. Dan tetiba jugak hilang muka penat Pn Isteri dalam sekelip mata.
 Sayur2 nie bila dah potong2 masuk dalam tupperware..tahanlah lama sikit. Meh nak share jugak cara2 aku simpan barang2 kat dapur. 
 
 Ehhh...potaii jeruk kau..


Aku memang dah khaskan tempat untuk letak barang2 kat dapur nie. So jangan bagi alasan kalau aku suruh tolong ambilkan barang...tak jumpa. Aku dah simpan barang2 elok dan kemas pun tak jumpa memang aku membebel tak sudahlah. Anak2 aku pun dah faham perangai mak dia. Masing2 dah redha. Whishlist nak beli bekas beras tupperware. Konon2 main kutu...dapat duit nak beli. Tapi bila dah dapat entah apa yang dibelinya...Agak2 ada ke org nak hadiahkan tak...:)

Thursday, 10 September 2015

AIMAN DAH MERDEKA

First time anak nak amik exam besar, beginilah ragamnya. Jap2 terjaga tengok jam..jap2 terjaga. Pastu si Aiman request nak sarapan dulu kat rumah...nak pergi sekolah awal sikit sebab ada bacaan Yassin sebelum exam. Blur kejap Ibu kau nie Aiman...sebenarnya kepenatan seharian kerjanya memasak hari Ahad tu sebab sepupu En Suami datang. Pastu pepagi Isnin tu dapat tau pulak bapa saudara En Suami meninggal. Terkejut jugak...sebab Pak Lang cuma demam.  Tetiba je.... Dahlah kebetulan anak & menantu dia kat rumah mertua aku masa tu. Bergegas diaorg balik tengah malam tu. Settle hal anak ke sekolah dulu, bergegas pulak ke Melaka. Selesai urusan pengebumian kelam-kabut balik Seremban jemput anak balik sekolah. Iyalah nenek & atuk takde kesian diaorg balik dari sekolah kelaparan.
Ok...esok dah nak start exam...just refresh sikit2 je. Boleh pulak study sambil dengar radio. Siap menyanyi pulak tu. Malas nak membebel lebih2, kang sentap pulak. Sebenarnya Ibu yang dah mengantuk. Cepatlah...cepatlah...nak tido nie.
Yang ni pun sama sibuk duk mengacau abang. Suruh baca buku dalam bilik sendiri taknak. Tak faham budak2 sekarang nie...dalam bilik sendiri pun takut.
Kau mampu study waktu malam pakai spek hitam...Apa yg nampak???

Hari Jumaat sebelum tu sempat ke sekolah untuk bacaan Yassin & sembahyang hajat. Hujan renyai2 sambil diiringi bacaan Yassin diketuai oleh Guru Besar SK KGV, En Tamyes Saimun. Alhamduliilah...bertambah sebak pulak bila dengar bacaan doa dari Guru Besar sambil diaminkan oleh anak2 yang bakal menduduki UPSR.
 

 2,3 hari nie memang asyik melayan perangai si bujang nie. Banyak pulak permintaannya. Ada jugak tanya2 pasal paper yang dah amik..Jawapan standard dia...ada yang senang...ada yang susah..yang susah Aiman bantai je jawab. Menyirap je En Suami mendengarnya...ha..ha..Mana ada ibu & ayah yang tak nak anak2 berjaya kan. Walau apa pun keputusan Aiman, Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Aiman. Semoga menjadi anak yang soleh, membahagiakan Ibu dan Ayah dan berjaya di dunia dan akhirat. In Shaa Allah. Amin...


Nota Kaki : Psttt...anak baru habis paper petang nie, En Suami dah tanya mana nak pergi petang nanti. Nampak sangat En Suami yang stress..

Sunday, 6 September 2015

BIRTHDAY LAGI - JUL - SEPT 2015

Jamuan pertama selepas Ramadhan & Syawal. Alhamdulillah masih diizinkan dan diberikan kesempatan olehNYA untuk sama-sama meraikan sambutan hari lahir sahabat2 di Unit Akaun.
Kek Aiskrim Baskin Robbin katanya
Yang dirai, Pn Zanzalilah...amboi pose ..ala2 candid..tapi sempat membebel suruh snap cepat sikit sebab dah penat in action.
Pose mahal from my beloved CC, Pn Rohayati yang baru sahaja menyambut Anniversary yang ke 25 tahun. Semoga kekal bahagia hingga Jannah. Amin.....

Amboiii...geramnya







Terserlah keterujaanya



Biarlah gambar je yang berbicara

 Pn Blog in action
Semenjak 2 menjak nie, rajin org bujang masuk dapur buat air. Psstt....dia bujang lagi tau..
Bacaan doa dari En Omar
Terima kasih buat yang menyumbang


 

Setelah 3 tahun mendengar cerita keenakan air tangan Khaty...arkhirnya dapat merasa jugak gara2 sekeping gambar.

Kenapa muka tu ketat sangat. Lapar ye???


 
Alhamdulillah...terima kasih buat En Syahrizan yang berbesar hati belanja kami Nasi Beriani Maskan. Walauapapun niatnya, kita doakan yang baik2 aje. In Shaa Allah..Tak dapat nak membebel panjang2 sebab kepenatan dgn kerja2 rumah yang extra banyak hari ini gara2 renovation in progress dan kunjungan mesra dari ipar duai. Dah macam hari raya pulak gayanya. Will update later..