nuff

Monday, 31 August 2015

MERDEKA..MERDEKA...MERDEKA

Cuti Merdeka korang pergi mana?? Saja tanya duk sibuk nak tanya korang pergi mana sebab aku hanya menghabiskan masa selama 3 hari di rumah sahaja. Alasan En Suami kalau sibuk pergi sana sini nanti Aiman penat nak study. So walaupun hati tak rela..jiwa meronta2..ku turutkan jua kemahuan En Suami. Malam2 duk sama2 teman Aiman study sambil mengemaskini blog. Harap2 selepas ini semua berakhir dapatlah pergi bercuti. Ehh...kalo En Suami tgh baca blog saya ini..saya nak bagitahu yang saya nak pergi bercuti. Dekat pun x pe..janji saya dapat bersenang-lenang, mencuci mata & poket serta menggantung kuali. Ohsem sungguh..

Semalam anak2 duk telefon Abah katanya esok nak pergi berkawad. Wahh...tiap2 tahun Abah pergi berkawad mewakili Persatuan Bekas-Bekas Polis Pencen. That's great Abah. Semangat cintakan negara dan tanah air Abah tak pernah padam. Ehh..lupa nak bgtau yg Abah kita polis pencen. Dulu dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan dan kemudian namanya ditukarkan ke Pasukan Gerakan Am (PGA). Sejak bujang Abah bertugas kat Kem Galing sampailah bersara. Dulu2 arwah Ma citer lepas kawin je kena tinggal sebab Abah kena pergi bertugas kat Sarawak. 2,3 bulan baru dapat jumpa suami. Jadi isteri polis @ askar jiwa kena kentalkan.

Tapi sejak aku lahir Abah dah tak kena pergi operasi lagi sebab dah tukar cawangan lain. Tak merasalah aku rasa apa yg abang2 aku rasa kot. Itu yg sejak dari kecik duk berkepit je ngan Abah. Abah aku jenis yang tak banyak cakap, tak pernah melenting, tak pernah angkat tangan apatah lagi suara pada anak2. Seumur hidup aku sekali je yg aku ingat Abah pukul aku ngan bantal sebab duk usik Cik Liza Mustafa yg masih baby tu tido. Ehh...tapi arwah Ma aku garang tau...pastu garang dia tu dapat kat aku sikit. Sikit aje..

 
Buat Abah, Koperal 51917 Mustafa Bin Mamat PJK, dan rakan2 seperjuangan semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan keberkatan di dunia dan akhirat . Terima kasih atas usaha, penat lelah, bermandikan keringat dan darah dalam mempertahankan dan mendaulatkan tanah air yang tercinta. Thats true...tugas Abah & rakan seperjuangan yang lain telah selesai. Kita sebagai generasi yang seterusnya yang harus memikul tanggungjawab mempertahankan tanah air kita. Kalau dilihat senario ekonomi dan politik sekarang memang rasa takut jugak.  Kenapa aku rasa takut?? Sebab aku ada anak2..dan aku nak anak2 aku membesar dengan keadaan yg selamat, aman & tenteram. Belajarlah menghormati antara satu sama lain. BERSIHkan hati...BERSIHkan jiwa. Pupuk balik semangat setiakawan dan bersatu padu. Jadi...kita sebagai warganegara Malaysia...tepuk dada..tanya ?????? Pilihan di tangan anda..
SALAM SEHATI SEJIWA....SALAM MERDEKA....