nuff

Tuesday, 18 August 2015

MAKAN2 BESDAY SYIRA & SYAWAL 2015

Hari tu buat makan2 sempena Syawal sekali harung celebrate birthday Syira. Jemput adik-beradik, jiran2 and ofismate 5, 6 orang aje. Buat majlis kecik2 je, so yang tak dijemput tu janganlah kecik hati yek. Ini pun En Suami yang mintak mertuaku masakkan. Iyalah..harapkan aku yang masak...entah bila pulak. Lagipun nak cuti dah tak berapo nak ada gara2 anak masuk hospital hari tu.

Balik2 kerja tengok semua benda dah siap. Aku punya bahagian cuma tolong gorengkan ayam. Yang lain semua mertuaku dah siapkan cuma tunggu nak masak. Ha..ha...untunglah..
Yang sempat aku masak malam sebelum kejadian ialah Puding Triffle, Agar-agar Santan & Agar2 Marble. Amik part yang senang2 je.

 Alhamdulillah...rezeki tetamu malam itu. Nasi minyak, ayam masak merah, daging kurma & acar mentah. Sempat jugak goreng bihun sebagai backup.
 Kek pun last minit tempah. Tempat yang selalu tempah tak respons lak bila nak order, maybe banyak tempahan musim raya. Tak baik tau buat cam tu...Kali nie masih setia dengan Black Russian Kek...cuma bab deko just request buat tema ala2 princess. Sendiri yg salah sebab semua benda nak buat last minit.


 Tak dapat nak amik gambar yang elok langsung. Maklumlah anak buah ramai. Suruh yang tu duk diam, yg lain pulak yang bangun. So ini ajelah gambar yang terbaik yang ado. Harap maklum...Belon dengan benda2 yg nak gantung semua dah beli cuma tak sempat nak gantung. Gula2 yg beli untuk budak2 pun lupa nak keluarkan..dah last minit baru perasaan. Kelam kabut punya pasal..




 Besday girl pun dah tak tentu arah. Senyum pun dah tak reti..rambut pun dah kusut masai. Excited beno bila ada geng.






Terima kasih pada yang sudi hadir. Minta maaf atas segala kekurangan. Tak dapat nak borak panjang maklumlah x de asisstant. Tahun nie majlis tutup awal sikit. Tahun lepas sampai pukul 3.00 pagi duk berborak dengan jiran2. Maklumlah masing2 kerja...susah nak jumpa dan berborak panjang.
 And special thanks buat @princess suara haranton...yang buat  dress yang memang ohsem sangat nie untuk  Syira. Lepas nie boleh try market buat dress pulak untuk gegirl.

Happy 9th Birthday Nur Izzati Syahirah Binti Saharudin. Ibu  senantiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2 Ibu. Walau selalu Ibu marah, ibu bebel, ibu cubit, ibu lepuk2 manja dan kadang2 lepuk2 geram...semua yang Ibu buat untuk memastikan anak2 Ibu berjaya dan membesar sebagai umat dan manusia yang berjaya di dunia & akhirat. Kasih sayang dan doa ibu tidak pernah putus sejak kamu lahir sehingga ke akhir nafas Ibu. 

'Ya Allah..jadikanlah anak2ku sebagai pandangan mataku yang selalu membahagiakanku saat kesedihan datang dan yang mengingatkanku saat diuji kenikmatan serta jadikanlah ia orang yang kau pilih untuk menabur kebaikan' AMIN..