nuff

Saturday, 29 August 2015

CHEESE TART SEMUDAH 1,2,3

Bahan-bahan Pastri

125gm mentega
45 gm gula icing @ susu tepung
1 biji telur gred B
240 gm tepung gandum ( ikut adunan ..kalau lembut tambah)
secubit garam

Bahan-bahan Cheese Filing

250 gm cream cheese
50 gm gula icing
20 gm mentega
1/2 susu besar perahan lemon
1 biji telur gred B

* Cheese dan mentega biarkan dalam suhu bilik
* Biasa aku buat 2 adunan untuk pastri sebab bahan untuk cheese filing tu memang ngam2 tuk 2 adunan pastri

Cara-cara

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 c
2. Pukul mentega dan gula icing sampai creamy. Masukkan telur, pukul lagi.
3. Selepas itu masukkan tepung hingga memmbentuk doh.
4. Tekan doh dalam acuan tart. Tekan kemas2..trim tepinya dengan jari aje.

5. Cucuk doh ngan garfu supaya masa bakar nanti doh tak mengelembung dan bakar selama 15-20 minit. Biasanya aku gunakan api atas bawah. Tapi depends pada oven masing2.
6. Tunggu sejuk dulu baru masukkan filing. Aku suka filing campur2..strawberi , kiwi dan blueberi.

7. Pastu pukul craem cheese, mentega dan gula icing sampai fluffy. Akhir sekala masukkan telur dan perahan lemon.

8. Pipingkan cheese filing pulak. Hiaskan di atas dengan filing. Lorek ngan lidi dengan kreativiti dan kemahiran yg ado.

9. Pastu bakar balik  dalam 5-10 minit atau filing tadi nampak mengelembung dan macam kering sikit. Biasa aku pakai api atas sahaja. Jangan terlebih bakar cheese sebab nanti takut akan turun bila dah sejuk