nuff

Thursday, 27 August 2015

AIMAN & UPSR

Eh...12 hari lagi anak bujang nak berjuang untuk UPSR. Macam biasa aku tengok dia rileks je memanjang. Boleh pulak bila sampai rumah ajak En Suami main badminton...pastu bila malam bila suruh ulangkaji..mulalah...ngantuklah...penatlah...laparlah. Manalah aku tak naik angin kan!! Nak marah sangat taklah jugak..kang paksa2 stress pulak. So amik pendekatan yg mudah..slow talk ngan dia. Malam2 dia study aku pun kenalah study jugak duk menunggu dia ulangkaji. Kalo dibiarkan sensorang..jap2 dia pg dapur minum air..jap2 pg bilik air...macam2 hal. 

So, aritu maka sesi memunggah, mengemas & mengorek harta2 karun yang ada. Make over sikit bilik dia..kasi meja study tu aku nampak dari luar. So kalau aku duk kat ruang tamu pun boleh nampak dari jauh dia buat apa. Ha..ha..Biasalah...mak2 memang macam tu kan...nak jugak perhatikan apa yg anak buat. Karang bila aku leka dengan kerja lain tau2 dia dah terlelap atas katil. Kadang2 memang kesian jugak kat dia. Hari2 memang balik lambat sebab ada kelas tambahan. Pastu pergi mengaji pulak. Setiap Isnin dan Rabu tuisyen BI kat Dataran Senawang. Dekat 4 tahun jugak dia tuisyen kat situ. Dah otai...sampai cikgu dia komplen 'Zarif suka main2 dalam kelas'..Mesti ikut perangai Ayah dia ni...sebab rasanya Ibu dia ni baiklah sangat.

 Sambung balik citer tadi..eh..Pastu setiap Jumaat & Sabtu tuisyen utk subjek UPSR kat Taman Ampangan. Tapi walau penat macam mana pun...aku tengok dia bersemangat je bila pergi tuisyen..harap2 takde makna yang tersirat. Well korang faham2 ajelah budak2 sekarang kan. 

Ibu dulu takder pun meja study. Bergolek jer atas lantai buat homework dan ulangkaji. Anak2 sekarang dah sediakan macam2 pun study atas lantai jugak. Silap2 baca buku atas katil.

Dan kesudahannya...terus hanyut...Eh..anak2 aku tak tido sekali..cuma masa nie nak memantau diaorg ulangkaji tu yg semua masuk bilik abang.

Bertabahlah anakku...apa yang Ibu dan Ayah buat nie semuanya untuk masa depan kamu jugak. Esok dah habis periksa..takde Ibu ni nak membebel lagi. Ingat Ibu tak penat ke nak membebel..Sebagai seorang Ibu tentunya aku nak berikan segala2 yg terbaik untuk anak2 untuk masa depan diaorg jugak. Kita pun tak dapat jangka apa yang akan berlaku di masa akan datang. So...anakku Aiman berusahalah...kerana kejayaan takkan datang bergolek. Selebihnya kita bertawakkal dan berserah pada yang Maha Kuasa. In Shaa Allah... 


DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Ya Allah, Ya Tuhan Kami,



Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa anak2 kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru2 kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintaimu Ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah,

Ikhlaskan hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka agar faham apa yang diajar oleh guru2 mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu Ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak2 kami akan menduduki peperiksaan UPSR dan peperiksaan yang lain. Kami mohon kepada Mu Ya Allah, bantulah anak2 kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi Ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak2 kami di hari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. 

Ya Allah,

Jadikanlah anak2 kami pelajar yang cemerlang Ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak2 kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mahzumah dalam diri mereka. Ya Allah, jadikanlah anak2 kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah, 

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak2 kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak2 sahabatku Ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh Ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya Ya Allah. Jadikanlan anak kami ahli syurga Ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan2 yang membawa mereka ke syurga Mu Ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan2 yang membawa ke neraka Mu Ya Allah. Tetapkanlah hati mereka untuk melakukan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara2 yang tidak berfaedah Ya Allah...

Ya Allah,

Perkenankanlah doa2 kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah Tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah Yang Maha Mengkabulkan doa2 kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memaklumkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rabbul Alamin.....