nuff

Wednesday, 8 July 2015

IFTAR & SHOPING RAYO

Assalamualaikum...sedar tak sedar dah masuk 21 Ramadhan dah...Rasa macam cepat je masa berlalu. Apa pun belum beli lagi..baju Aiman dah settle masa balik Kuantan aritu. Baju Syira ngan En Suami aje yg belum hado. So seperti biasa buat rombongan ke KL last week. Selalu duk Grand Season kali nie duk Sunway Putra pulak. Hotel baru renovate..mmg selesalah sangat. Boleh cuci mata kat The Mall dan dekat sikit nak naik LRT pergi Masjid India.

 Tengah tunggu nak check in. Muncung dah panjang..penatlah tu.
Tapi alhamdulillah...puasa masih penuh lagi.




 Masuk bilik dah boleh senyum...tau2 dah hilang ikut anak2 buah yg kecik berendam dalam kolam. Hangin je aku dibuatnya...dahlah boleh pulak dia berendam ngan seluar jeans. Mau aku tak hangin..
Terus aku ngan En Suami ke jalan TAR. Tinggal je anak2 ngan biras aku. Bawak pun buat penat je...sbb dah keluar tengahari dah boleh bayangkan situasi kat situ macam mana. Silap2 ada yg buka puasa nanti.
3 jam di jalan TAR..kami tak beli apa2 pun..nak sedapkan hati sendiri kononya hari ni survey dulu esok baru beli. Maknanya esok kena datanglah lagi. Misi hari nie tak berjaya. 
Berbuka kat bawah jek..


Senyum lebar...dah boleh makan


Aiskrim jugak yg menjadi tumpuan..
Puding roti dan rojak

Menghirup sup gearbox for the second bowl. 
Family besar Kak Long
Anak buah semua dah besar. Maknanya Mak Lang pun makin tua. Well....apalah ada pada angka kan..






Yang nie memang tak berhenti makan..Duk mengulang makan aiskrim je.
Lepas makan pg mall kat sebelah...Iskh...sekali ternampak Kaison..memang teruja sangat sebab selalu duk tengok dalam fb deco je. Kat sini jual barang untuk hiasan rumah. Memang berkenan tgk frame2 kat sini. Harga pun boleh tahan. Mmg tengah cari frame nak letak kat bilik anak. Gambar yang beli kat Bandung pun belum hantar kedai. Mood mengemas rumah tu belum datang lagi atau aku yg semakin malas...




Pagi tu sahur kat coffee house je. Ikutkan hati malas je nak turun sebab En Suami dah tapau nasi lemak Kelab Sultan Sulaiman. Tapi layankan je keinginan anak2...
Tengok diaorg duk makan cereal je..menyampah pulak rasanya. Aish...setakat makan cereal dalam bilik pun boleh..

Seawal 9.30 pagi dah sampai SOGO tapi belum bukak lagi. Hari nie Syira ikut sebab katanya nak beli kasut. Si bujang sejak check in memang langsung tak masuk bilik aku. Ajak bersoping kat mall sebelah pun taknak. Duk berkumpul kat bilik Mak Longnya sebab kat situ geng2 orang bujang berkumpul. Dah bujang sangatlah tu...Sebenarnya duk layan wifi 24 jam...dah tau sangat sebab bila dah balik rumah memang tak dapat semua tu. Takpe ibu kasi can..Seriusly org terlampau ramai sangat 2 hari tu. I is pening tengok org ramai2 macam tu. Pilih2 barang je terus balik.

Sambung lagi shopping kat The Mall. Anak dara dah penat.
Balik bilik terus mandi dan  tidur. Merajuk sebab tak belikan kasut. Macam mana aku tak marah...aku suruh pilih kasut yg dia nak. Boleh pulak dia pilih nak kasut roda..macam mana nak pakai baju kurung ngan kasut roda. Memang taklah aku belikan.
Tapi petang tu mood dah ok balik...walaupun misi belum tercapai..ha..ha..memang belum tercapai sebab En Suami belum dapat cari baju melayu yang memenuhi kriteria dan kehendaknya. 
Berbuka kat coffee house jugak sbb dah nak balik Seremban lepas berbuka.



Baru dapat nak berborak ngan anak bujang sbb Mak Long dah balik. Kalau tak dia masuk bilik untuk mandi dan salin baju je.


Amboii...penuh meja. Aku perhatikan je perangai 3 beranak nie. Penuh dengan makanan diaorg je. Aku cuma sempat ambik Nescafe tarik je. Takpe kasi can diaorg makan dulu.

Ok meja dah clear baru amik makanan aku. Tak berapa nak lalu makan sebab takut sakit perut. Lepas berbuka semalam, memulas2 perut aku dibuatnya. Nampaknya misi En Suami mencari baju melayu terpaksa diteruskan ke Seremban kot. Misi aku jugak yang berjaya kali nie. Tahniah untuk diri sendiri.