nuff

Friday, 31 July 2015

BERAYA DI HOSPITAL

Entry lepas aku ada mention anak aku masuk hospital kan. Hari Khamis last week Aiman dah start demam. Dia nie macam ayahnya jarang sakit...tapi kalau dah sakit memang ambil masa nak sembuh. Tapi bila aku suap nasi, amik kau 2 pinggan sekaligus dia makan. Esok tu, En Suami cakap Aiman bangun pukul 2 pagi...pergi mandi sebab dia sendiri terasa badan dia panas sangat. Pastu En Suami bagi makan ubat. Ok...aku pun tak sedar apa yg berlaku..kah..kah...emak kau kalo dah tido memang camtulah ye. Tak sedar apa yg berlaku, harap maklum...Pagi Jumaat tu terus bertolak balik ke Seremban. Ehh..risau lak tgk demam dia tak berkurangan.   
 Demam pun kena jaga penampilan diri . Aku tampal cool fever tu pun dia marah. Tak selesa..Sampai Seremban terus pergi Klinik Pakar Kanak2 kt Senawang buat ujian darah.  Sah...confirm..denggi..terus doc suruh pergi hospital. Sampai hospital SALAM...boleh pulak bilik semua dah penuh. Amboii...anak aku memang dah nampak tak larat sangat nie..terus contact sana sini...Finally ada jugak bilik. 
 Terus drip air sebab badan dia panas sangat. Kul 11 lebih aku balik sebab nak settlekan hal kain2 baju yg dalam kereta. Belum sempat singgah rumah lagi. Malam tu En Suami & Syira teman tido kat sana. En Suami cakap dia tak berani tido sebab suhu badan Aiman 38-39...So dia asik duk jaram anak je.
  Anak dara nie cakap nak jaga abang. Tapi sampai doc masuk checkup abang pun dia tak bangun lagi. Sampai doc tanya demam jugak ke.
 Hari ke 2 nampak elok sikit. Makan pun selera aje. Actually anak buah aku pun mmg masuk hospital jugak sejak Selasa sebab denggi.  Bilik dekat2 je...so mmg sepanjang masa dia ada dalam bilik kitaorg. Lgpun kakak ipar aku takde, kena pergi gubal soalan untuk exam.  
  
Seronok je ada geng

 Semua benda tak boleh buat sendiri. Ayah jugak yang rajin melayan.
Yg nie pun duk sibuk menanda menu makan untuk abang dia...tapi ikut taste dialah.


Oleh sebab ikut taste dia, so dialah yg makan semua. Orang demam asik request makan macam2. Taknak makanan hospital. Eksyen betul..

Malam ke 2 aku pulak yg jaga. Mmg tak dapat nak tidur sebab demam dia tak menentu. So siangnya aku suruh Syira yg jaga. Suap abg makan...pimpin abang pergi toilet..aku qadak tidur...

Dia juga yg jadik PA duk catat carta nie. Penting bagi orang yang kena denggi isi carta nie sebab doc nak pantau air & makanan yang masuk dalam badan dia.
Malam ke 3 dh start loya2...badan pun dah tak menentu. Makan pun dah tak berapa selera. Akhirnya tertido dalam keadaan duduk. Kesian anak bujang ibu.

INFO DENGGI

TANDA-TANDA DENGGI

-cirit birit 
- demam dan gatal gatal 

- sakit bahagian belakang biji mata 
- sakit kepala yang teruk
- sakit otot dan sendi yang teruk 
- sakit perut 

- sakit pingang yg teruk ( demam tulang pecah )

Rawatan yg diberi adalah untuk menstabil pesakit bergantung kpd keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam ( suhu badan ) dan mengelakkan dari pendarahan berlaku. Rawatan demam denggi berdarah adalah demam yg sgt panas ,kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yg sgt panas meningkatkan risiko terjadinya sawan. Oleh itu demam patut dikawal dengan antipirentik. Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dpt dikesan awal.
Masa yg paling genting ialah pada hari ke3 hingga ke7, pemberian aliran intravena pula jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat krn ia mengambarkan darjah kehilangan plasma.

Tak sempat nak mencari pucuk betik...rupa2nya dah ada yg dikomersilkan. Bagi juga buah kiwi...org ckp kesan dia lagi cepat. Kalo sebelum nie nak makan pil punyalah susah...tapi bila warded senang pulak dia duk menelannya.

En Suami cerita ada satu hari tu, nurse kejut suruh makan ubat. Dia cakap letak je nanti ayah bagi. Nurse tu jawab tu kerja dia..bukan kerja ayah..terus dengan redha dia telan. Pastu adalak satu masa, ayah dia suruh je nurse tu tinggalkan ubat..kononnya nanti dia bagikan. Terus si Aiman tu jawab...itu kerja nurse, bukan kerja ayah...Ha..ha...
Hari2 duk berkelah kat sini. Orang demam hari2 request nak makan apa. So orang yg sihat nielah yang untung dapat menumpang makan sedap2.
Setelah 7 hari, akhirnya dapat balik. Actually doc nk bagi balik dah hari Rabu tu, tapi platelet & sel darah putih dia turun naik. So doc tak berani nak kasi keluar lagi. Dah tak demam dah tapi dia tak selera pulak nak makan. Bintik2 merah pun dah keluar..badan pun dah start gatal2. Aiman nie bukannya tahan sakit, asyik merungut je. Tapi bila aku yang jaga dia, tak berani dia macam2. Semua aku suruh dia buat sendiri. Tak boleh mandi sendirilah, tangan sakitlah...no.no.no...dengan ayah bolehlah nak manja2. Saja je aku tak layan sangat rungutan dia...nak suruh dia fight sikit. Anak bujang kena kuat kan..