nuff

Sunday, 26 July 2015

AIDILFITRI 2015 - SEREMBAN & REMBAU

Memandangkan masih bercuti panjang, mehlah update citer pasal raya. Ikutkan plan asal memang akan balik beraya ke Kuantan setiap tahun tanpa gagal dan perbalahan atau pertengkaran. Tetiba tahun nie, En Suami nak beraya kat sini pulak. Oklah...dengan rela hati maka berayalah kami sekeluarga kat Kg Sentosa, Seremban tahun nie. Benda boleh bawak bincangkan...bukannya tak balik Kuantan..balik juga cuma lambat sikit. Takdelah nak berkira sangat sebab sepanjang 13 tahun kawin nie, baru 3,4 kali beraya kat Seremban.

Hari mantai..org sibuk ke pasar beli daging, ayam, santan..aku pulak boleh duk sibuk mengemas rumah je. Sebab fikir nanti balik dari kampung dah tentu banyak bawak kain baju...mana nak mengemas lagi..mana nak beraya lagi. Lagipun awal2 dah kawtim ngan mak mertua..masakkan ketupat, rendang & lontong lebih tuk kitaorg sekali. Memang rajin sangat menantu mak nie. Dah suruh masak janganlah buat2 lupa hulur ye. Hargai penat lelah orang sikit. 

Bajet untuk deko2 rumah  memang takde tahun nie. Cuma guna balik apa yg ada. Tahun lepas raya pakai langsir merah, tahun nie coklat pastu tahun akan datang merah balik. Kenalah berhemah berbelanja kan. Janji baju raya mesti baru...walaupun agak frust baju raya tak berapa nak sedondon sangat. Aku kan suka tukar2 plan last minit.





 Esok nak raya...malam baru nak pasang pelita. En Suami mmg suka buat kerja last minit. Nak pulak pasang pelita buluh.
 Sessi bermaafan di pagi raya. Masa mintak maaf masing2 suara tak keluar sangat. Tapi bab duit raya, lantang jek suara masing2..

 Anak dara yg suka buat drama nie...katanya dah siap skrip awal2 nak cakap apa. Tapi bila tiba time dia terus speechless. Pastu kerja dia gelakkan orang jek..


 Nie je gambar raya kami tahun nie. Nak cepat ke rumah mak sebab dah lewat. Balik dari sembahyang, terus masak nasi minyak nak bawak rumah mak. Sekali kena bawak balik semula ke rumah sebab adik2 beradik En Suami nak datang. Pastu family bapak mertua dari Rembau nak singgah sekali. Dahlah barang apa pun takde dalam peti sejuk. Malas nak beli banyak2 sebab dah tau nak balik kg. So backup buat nasi lemak. Nasib ada stok ikan bilis, telur n santan kotak. Berbaloi2 masak pakai baju raya semuanya licin. Sedap tak sedap itu belakang kira.



Raya ke 2..terus ke Rembau (famili bapak mertua) dan Melaka (famili mak mertua)
 Rumah Pak Teh

 Singgah Kg Panchang pulak. Rumah Mak Lang.


 Duk meratah Rendang Hitam. Aku pun kalau balik Rembau...yg nie aku duk cari dulu.
 Cerah biji mata masing2 nampak nasi. Yang simple2 tu yang sodap janji kenyang. Masing2 dah kenyang...mata pun dah berat..eloklah bergerak ke destinasi yang seterusnya.
Ke Melakalah pulak kita....

Sampai Banda Hilir lebih kurang 6 lebih. Melaka time bila2 pun tak pernah tak jem. Check in kat Seri Costa. Betul2 depan Menara Taming Sari. Dah makan macam2 tapi bila nampak MCD tetiba rasa lapar balik.



Jangan tanya kenapa Aiman selalu takde dalam gambar. Bila dah berjumpa geng orang bujang memang lupa Ibu & Ayah. Nie pun dapat amik gambar sebab mood tengah baik.