nuff

Friday, 26 June 2015

MANTAI RAMADHAN UNIT AKAUN

Bulan Ramadhan dah masuk, baru nak tepek entry makan2 hari tu. 2,3 hari sebelum Ramadhan mmg murah rezeki dgn aktiviti makan2. Sampai ada yg dengar citer duk berulang keluar masuk toilet dibuatnya. Kali nie pun buat utk staff unit Akaun je..bajet kecik..dah tengah bulan.

Lemang dari Rembau
Org bujang nie mmg boleh harap. Untunglah...


Food testing - lamb grill


Amboiii...rasa lapar balik tgk makanan..Gulai labu, telur masin, sambal bachang, cencaluk, sambal potai, sambal tempol, sambal tempe, pajeri nenas, rendang ayam....mmg semuanya sodap.

Air tangan Khaty - Bubur kacang
Air tangan Pn Blog - Cheese tart

Sayur campur special sebab campur udang galah tekau...Air tangan Ct Khaty...kot nak memancing udang boleh gi kat kolam udang ayah beliau.
Air tangan Zue - Keli berlado
Sambal tempoyak ni aku siap tapau..malam duk mengulang makan ngan roti.

Bacaan doa..



Org yang selalu menceriakan suasana tak sihat pulak hari tu. Kurang meriah sikit...
Petang tu ada orang belanja Sate pulak..alhamdulillah murah rezeki kami. Tapi masa nie masing2 dah tak larat makan. Duk menapau jelah..
Makan sorang je...tak ajak pun..


MUNAJAT RAMADHAN

Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim....

Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kpdMu Ya Allah..semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar..

Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim....

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap susu ibu yang mengalir dalam diri kami..Kau gantikanlah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawa ke SyurgaMu Ya Allah...Ya Rahman...Pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kpd keluarga kami...Kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke SyurgaMu Ya Allah..Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempatyg istimewa di syurgaMu Ya Allah...

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram...

Ya Allah...Janganlah kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang. Tapi andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramdhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu Ya Allah..jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami..Ya Allah..temukanlah kami dengan lailatul qadr...pilihlah kami di kalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr...Ya Allah...terimalah amalan kami..terimalah taubah kami...ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami di sana nanti yang kekal abadi...kurniakanlah kepada kami SyurgaMu yang maha luas nikmatnya...Amin...amin..amin..Ya Robb..