nuff

Friday, 15 May 2015

REDHA SUAMI ADALAH SYURGA BAGI PARA ISTERI

Entry kali nie khas untuk En Suami yang menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 37 pada 14 April yang lepas. Tak dapat nak pg mana2 pun sebab anak2 sekolah lagipun bila weekdays nie masing2 penat dengan urusan kerja. Cuma sempat tempah kek dan pergi makan je pun. Hadiah pun aku tak beli...sebab bila aku ajak pg beli En Suami cakap tak payah. Kalau pernah baca entry aku yg lepas2...dia still ulang ayat yg sama 'Saya tak nak apa2...kasih, sayang dan cinta awak dah memadai untuk saya'...Auww...sweet sangat En Suami nie...

Order kek dengan @One Piece Bakery yang servisnya mmg tiptop dan delivery sampai ke ofis. Kali nie order Walnut Butterscotch sebab dah jemu dengan kek coklat.

Buat En Suamiku tercinta..Selamat Ulangtahun yang ke 37. Semoga dipanjangkan umur, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal, kesihatan yang baik, iman yang benar, ilmu yang bermanafaat dan sentiasa dalam kasih sayang dan lindunganNYA.

Dalam kehidupan berumahtangga kadang2 ada pasang dan surutnya. Kadang2 kita juga berbeza pendapat...kadang2 kita juga bermasam-muka..kadang2 kita juga terleka dan terlupa..dan kadang2 tanpa tersedar ada hati2 yang terluka. Semoga dengan bertambahnya usiamu akan lebih mematangkan dirimu dalam mengemudi bahtera rumahtangga. Saya senantiasa ada bila awak memerlukan dan as always seperti yang pernah saya cakap 16 tahun yang lepas...walaupun saya bukan yang terbaik...saya berjanji akan membahagiakan awak selalu...Muah...ciked..


Sedikit renungan dan perkongsian yang aku nak share dari FB Ustazah Siti Khadijah..
1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu kamu mencintainya seumur hidupmu, bahkan seringkali rasa cintanya padamu lebih besar daripada rasa cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya hingga dia dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah ibunya.

3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupkan keperluan engkau dan anak-anakmu. Padahal dia tahu di sisi Allah SWT, engkau harus dihormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sesekalipun dia merasa cemburu, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau mendapatkan  yang terbaik daripadanya di sisi Allah SWT.

4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya di hadapanmu dan berusaha menyelesaikan sendiri. Sedang engkau terbiasa mengadukan masalahmu padanya dengan harapan suamimu mampu memberi solusi, padahal boleh saja pada ketika itu dia sedang memilik masalah lebih besar. Namun dia tetap mengutamakan masalahmu berbanding masalah yang dihadapinya sendiri. 

5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. Sedangkan engkau kadang-kala hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun apabila dia mengulanginya berkali-kali.

6. Apabila engkau melakukan maksiat, maka dia ikut diseret ke neraka, kerana dia bertanggungjawab terhadap maksiatmu. Namun apabila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah diseret kerana apa yang dilakukannya adalah hal2 yang dipertanggungjawabkan ke atas dirinya sendiri.

LAPAN PINTU SYURGA TERBUKA BAGIMU DAN ENGKAU BOLEH MASUK DARI MANA-MANA PINTU YANG DISUKAI CUKUP DENGAN MENDAPAT 'REDHA' DARIPADA SUAMIMU, SEDANGKAN SUAMIMU TIDAK MENDAPAT KEMULIAAN SEPERTI ITU, KERANA ITU TAAT DAN BERSABARLAH TERHADAPNYA

(HABIB AMRI HAFIZAHULLAH)