nuff

Sunday, 31 May 2015

PUTERI GUNUNG LEDANG TURNS TO PERHAPS..PERHAPS..PERHAPS..

Bila masuk tadika biasalah mesti kena menari tuk Konsert Akhir Tahun kan. Masa nie kat Tadika Tunas Asli. Syira untung sebab bila ke mana2 ada bodyguard sebab sepupu2 lelaki dia nie lahir pada bulan dan tahun yang sama. Meriah sungguh masa bulan Ogos 2006 tu. Mertua aku hantar aku balik berpantang kat Kuantan, pastu adik ipar aku telefon kata isteri dia dah masuk wad nak besalin. Walau apa pun terima kasih kat Mak sebab sanggup jaga anak2 aku dari dulu sampai sekarang. Mmglah ada kelebihan hantar kat nenek sendiri..rasa lebih secure. Tapi aku selalu ingat pesanan arwah Ma aku, nak suruh mertua jaga boleh tapi jangan ambil kesempatan. Jangan sampai ibadah tu terganggu dek sibuk menjaga cucu. Ya..Ma...kak da sentiasa ingat pesanan Ma.

Ok...ini memang gambar lama. Masa ni tadika ni masuk pertandingan menari. Anak2 buah aku siap bersilat dan berguling atas lantai punyalah menghayati karektar waktu tu. Tapi dapat no 3 je...jadilah kan


So bila dah masuk darjah 3 boleh pulak terlibat lagi ngan aktiviti tarian2 nie. Dekat 2 bulan lebih gak sibuk menari...nak support sangat tak jugak...nak larang sangat pun tak jugak. Janji jangan sampai pelajaran hanyut. Dah tu satu hal lak nak cari legging hitam, inner hitam n kasut hitam. Puas gak mencari...kasut hitam yang cantik dan murah..sebab tau mesti pakai sekejap je pun. Tu pun muka dah sentap2 bila aku suruh amik yg ada bunga purple nie. Budak2 biasalah...yg cikgu cakap tu semuanya betul kan. 

 So, hari yang dinanti2kan pun tiba. Puaslah aku ngan En Suami suruh dia menari kat rumah. Excited jugak nak tengok..Tapi jangan haraplah dia nak buat. Pertandingan Asia's Song Festival ni diadakan di SK Panchor. Rupa2nya kena menyanyi sambil menari. Oklah...katanya dapat no 5 dari 46 buah sekolah yang bertanding. Gambar2 nie pun aku mintak dari cikgu dia.


Marah dia bila aku cakap skirt tak cantik. tapi memang hakikat pun. So masa berseronok2 dah habis ye anak2. Tumpukan perhatian pada study pulak walaupun hadiah yg ujian 1 aritu belum dapat lagi. Dah sebulan lebih tempah tapi stok belum sampai lagi. Kadang2 melampau gak laki aku nie...janji macam2 ngan anak. Eh!!! bukan.... hadiah tu sebab bekas olahragawan sekolah tu excited bebenor sebab anak dara dia masuk acara balapan. So dia janji macam2 kalau Syira menang. Sekali menang, kenalah tunaikan janji kan. So ke Nilai 3 sebab nak belikan skuter letrik. Tapi kena order dulu. Pastu anak bujang yang sentap sebab dia pun menang jugak masa sukan katanya. Acara jalan batu bata dan lari terus, lompat anak sungai, berguling, merangkak dan ketinting. OMG...OMG...Untunglah kau bang...adik yg menang..tapi kau yang dapat bawak balik basikal Fixie..