nuff

Sunday, 31 May 2015

LOVELY MEI

2,3 entry sebelum nie asik tunjuk kek besday je. Entry kali nie last aku tunjuk gambar kek bagi bulan Mei kot. Mana tau tetiba2 balik Kuantan next week ada org belanja Manggo Cheese Cake...Harap2 Cik Nad n Cik Liza baca entry saya dan berbesar hati nak belanja kakakmu ini.

Yes..officially 37..tapi apalah ada pada angka kan.
En Suami yg kepenatan sebab pukul 2 pagi baru sampai dari Kedah. Kul 11 lebih call from Ipoh wish birthday sebab takut tak sempat call kul 12. Can't call while driving. Safety first..Amboi..sweet sangat nieh...


Happy 37th birthday Mom..I dont believe you are get too close to 40th. What can I do time runs fast.
Tergelak2 En Suami baca ucapan dari Aiman. Aku pun sama. Maybe sebab mak dia nampak muda tu yang tak percaya mak dia semakin menghampir 4 series.




Yang pastinya dua2 kad dari anak2..semua mintak maaf sebab nakal. Dah  macam kad hari rayalah pulak.

Buat semua kawan2 yang wish kat aku...terima kasih atas ingatan, doa dan kasih sayang kalian buat aku. Aku juga mendoakan yang terbaik untuk korang. Buat En Suami...terima kasih kerana selalu ada di sisi (p/s :bila nak beli hadiah nie)..Happy birthday too buat Abah (11 Mei) dan Ibu Mertuaku (16 Mei). Buat Ma yang melahirkan aku, terima kasih kerana bertarung nyawa untuk melahirkan aku...membesarkan dan mendidik aku. Kasih sayang aku tak setanding kasih sayangnya terhadap aku. Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNYA ke atas My Syurga dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. AMIN...