nuff

Sunday, 17 May 2015

KURSUS PASCA AKRAB

 2 minggu terakhir bulan April dipenuhi dengan aktiviti berkursus. So pas nie boleh fokus dengan kerja2 di pejabat yang tak pernah habis. Selepas kursus Pengurusan Stress hari tu, semua ahli2 AKRAB yg baru lepas grade diminta menghadiri Kursus PASCA AKRAB. Nak citer panjang lebar pun tak reti jugak...kursus kali nie lebih santai sambil refresh balik apa yang dah diajar masa awal2 dulu.

Nak kata semua ahli AKRAB nie perfect tak juga sebab kami pun masih belajar dan proses pembelajaran itu sentiasa berjalan mengikut keadaan dan masa. So janganlah anggap kami sempurna dan takde masalah. Mana ada manusia yang sempurna kat dunia nie. Cuma kami diberikan dengan sedikit ilmu dan pengetahuan untuk membantu diri sendiri sambil membantu rakan2 dan mereka2 yang memerlukan.

Diminta menginterview junior2 AKRAB.


Nyanyian lagu AKRAB dihadapan junior dan penceramah.
My team 3 in 1
Pestime sampai PD Waterfront...lepas nie kalo pg PD tak yah pening2 sebab kat area sini banyak sangat tempat makan yg dahsyat2 yg belum tentu ada kat Seremban.

PC nie buat hal pulak...dah tak dapat nak susun gambar mengikut turutan. Nie malan hari pertama, pas kelas paksa Izan bawak tempat yg best kat PD. Memandangkan bukan musim cuti sekolah or weekend so memang sunyi sangatlah PD nie. Pusing punya pusing layan Char Keow teow kat Kings ajelah. Balik kekenyangan pasang aircond terus tumbang pastu bising2 makin tembam. Syabas... 

Betul tak apa yg aku mention tadi kursus kali nie lebih santai.

 Dipenuhi dengan aktiviti menyanyi. Bukan menyanyi kosong ye..kena faham dan hayati apa maksud tersirat disebalik setiap lagu.

Aktiviti ala2 Explorace di Teluk Kemang


AKRAB Kohort 2
Welcome to the club - AKRAB KOHORT 3 
Malam ke 2 aku kat sana Syira tepon menangis2 kata rindu...Haish...drama betul anak dara nie. Yang abang pulak duk ejek2. Abang mmg suka ibu g kursus kan. Takde orang nak memantau dia study kan..
Ada orang request Daging Rusa Black Pepper...katanya rindu masakan ibu. Ibu takde ayah asik tapau je. Redha ajelah anak...ayah korang memang tau masak air ngan maggi je. Oklah tu...dari makan angin je kan.
Betul2 menikmati. Tengok gambar ni rasa lapar balik.