nuff

Sunday, 31 May 2015

PUTERI GUNUNG LEDANG TURNS TO PERHAPS..PERHAPS..PERHAPS..

Bila masuk tadika biasalah mesti kena menari tuk Konsert Akhir Tahun kan. Masa nie kat Tadika Tunas Asli. Syira untung sebab bila ke mana2 ada bodyguard sebab sepupu2 lelaki dia nie lahir pada bulan dan tahun yang sama. Meriah sungguh masa bulan Ogos 2006 tu. Mertua aku hantar aku balik berpantang kat Kuantan, pastu adik ipar aku telefon kata isteri dia dah masuk wad nak besalin. Walau apa pun terima kasih kat Mak sebab sanggup jaga anak2 aku dari dulu sampai sekarang. Mmglah ada kelebihan hantar kat nenek sendiri..rasa lebih secure. Tapi aku selalu ingat pesanan arwah Ma aku, nak suruh mertua jaga boleh tapi jangan ambil kesempatan. Jangan sampai ibadah tu terganggu dek sibuk menjaga cucu. Ya..Ma...kak da sentiasa ingat pesanan Ma.

Ok...ini memang gambar lama. Masa ni tadika ni masuk pertandingan menari. Anak2 buah aku siap bersilat dan berguling atas lantai punyalah menghayati karektar waktu tu. Tapi dapat no 3 je...jadilah kan


So bila dah masuk darjah 3 boleh pulak terlibat lagi ngan aktiviti tarian2 nie. Dekat 2 bulan lebih gak sibuk menari...nak support sangat tak jugak...nak larang sangat pun tak jugak. Janji jangan sampai pelajaran hanyut. Dah tu satu hal lak nak cari legging hitam, inner hitam n kasut hitam. Puas gak mencari...kasut hitam yang cantik dan murah..sebab tau mesti pakai sekejap je pun. Tu pun muka dah sentap2 bila aku suruh amik yg ada bunga purple nie. Budak2 biasalah...yg cikgu cakap tu semuanya betul kan. 

 So, hari yang dinanti2kan pun tiba. Puaslah aku ngan En Suami suruh dia menari kat rumah. Excited jugak nak tengok..Tapi jangan haraplah dia nak buat. Pertandingan Asia's Song Festival ni diadakan di SK Panchor. Rupa2nya kena menyanyi sambil menari. Oklah...katanya dapat no 5 dari 46 buah sekolah yang bertanding. Gambar2 nie pun aku mintak dari cikgu dia.


Marah dia bila aku cakap skirt tak cantik. tapi memang hakikat pun. So masa berseronok2 dah habis ye anak2. Tumpukan perhatian pada study pulak walaupun hadiah yg ujian 1 aritu belum dapat lagi. Dah sebulan lebih tempah tapi stok belum sampai lagi. Kadang2 melampau gak laki aku nie...janji macam2 ngan anak. Eh!!! bukan.... hadiah tu sebab bekas olahragawan sekolah tu excited bebenor sebab anak dara dia masuk acara balapan. So dia janji macam2 kalau Syira menang. Sekali menang, kenalah tunaikan janji kan. So ke Nilai 3 sebab nak belikan skuter letrik. Tapi kena order dulu. Pastu anak bujang yang sentap sebab dia pun menang jugak masa sukan katanya. Acara jalan batu bata dan lari terus, lompat anak sungai, berguling, merangkak dan ketinting. OMG...OMG...Untunglah kau bang...adik yg menang..tapi kau yang dapat bawak balik basikal Fixie..


LOVELY MEI

2,3 entry sebelum nie asik tunjuk kek besday je. Entry kali nie last aku tunjuk gambar kek bagi bulan Mei kot. Mana tau tetiba2 balik Kuantan next week ada org belanja Manggo Cheese Cake...Harap2 Cik Nad n Cik Liza baca entry saya dan berbesar hati nak belanja kakakmu ini.

Yes..officially 37..tapi apalah ada pada angka kan.
En Suami yg kepenatan sebab pukul 2 pagi baru sampai dari Kedah. Kul 11 lebih call from Ipoh wish birthday sebab takut tak sempat call kul 12. Can't call while driving. Safety first..Amboi..sweet sangat nieh...


Happy 37th birthday Mom..I dont believe you are get too close to 40th. What can I do time runs fast.
Tergelak2 En Suami baca ucapan dari Aiman. Aku pun sama. Maybe sebab mak dia nampak muda tu yang tak percaya mak dia semakin menghampir 4 series.




Yang pastinya dua2 kad dari anak2..semua mintak maaf sebab nakal. Dah  macam kad hari rayalah pulak.

Buat semua kawan2 yang wish kat aku...terima kasih atas ingatan, doa dan kasih sayang kalian buat aku. Aku juga mendoakan yang terbaik untuk korang. Buat En Suami...terima kasih kerana selalu ada di sisi (p/s :bila nak beli hadiah nie)..Happy birthday too buat Abah (11 Mei) dan Ibu Mertuaku (16 Mei). Buat Ma yang melahirkan aku, terima kasih kerana bertarung nyawa untuk melahirkan aku...membesarkan dan mendidik aku. Kasih sayang aku tak setanding kasih sayangnya terhadap aku. Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNYA ke atas My Syurga dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. AMIN...

Friday, 22 May 2015

MAKAN2 LAGI - MEI & JUN BIRTHDAY

Akhirnya hari yang di nanti telah pun tiba..Memang rasa agak terkilanlah sebab salah seorang sahabat yang sama2 plan untuk majlis nie tak dapat join sekali. Tapi walauapapun kami disini tak lupakan Ida. Kuatkan semangat, semoga cepat sembuh dan yang paling penting kena yakin awak akan pulih seperti sediakala. Kami di sini  rindukan awak...Iskh...teremo pulak....

Kali nie giliran Seksyen Vot jadi tuan rumah..so pakat sikit2 nak masak apa. Masing2 nak tunjuk skill memasak...lega rasanya. So, aku decide nak masak yg senang2 jelah..Ngelat sangat nie...

Red Velvet pilihan kali nie 
Roti Jala Kak Norishah
Air tangan CT Khaty
 Nasi Beriani Kak Roha
Dalca Kak Roha jugak
 Lain dari yang lain..donut sambal
Rendang Tok special dari Linda
Air tangan Khaty. Aku tukang potong2...dia tukang kacau2..pastu berkali2 puji diri sendiri sedap sangat nie... Lempang muka baru tau..

Kek karamel trademark Kak Norishah
Air tangan Pn Belog. Buat Agar-agar Pandan Santan...sekali pewarna hijau habis...Pink je yg ado...sweet sangat nie..matching ngan baju..
Selepas 5 bulan bercuti, kembali beraksi..kekalkan momentum Ummi Alish..
 Itu mama kita tau..



 When Siti Khatijah meets Khatijah

Zue...kenapa garang sangat nie..


Amik gambar banyak2 ngan Kak Zah..tak lama lagi nak pencen










 Happy Birthday To Us..





Terima kasih kepada semua yang terlibat dan yang menyumbang makanan pada jamuan kali nie..will be another jamuan sebelum bulan Ramadhan. In shaa Allah...