nuff

Tuesday, 28 April 2015

SUKAN SK KGV KE 50 (JUBLI EMAS)

Aku pun tak tahu apa yg busy sangat sampai tak sempat nak jengok blog. Sampai password blog pun aku dah lupa. Berkali2 login baru dapat masuk. Aish...macam nielah rutin sebagai seorang ibu yang berkerjaya. Sentiasa berperang dengan keadaan dan masa. Semua benda buat dalam keadaan terkejar2...Alhamdulillah ada ganjaran atas setiap benda yang kita lakukan untuk suami dan anak2. Belajarlah bersyukur atas setiap nikmat dan kurniaanNYA walaupun kadang-kala perit dan pahit untuk kita menghadapinya.

So ceritanya..Ahad lepas berkesempatan ke sekolah anak sempena temasya sukan kali ke 50. Aiman dah darjah 6 baru aku jejak kaki ke sukan sekolah diaorang. Itupun sebab Syira terlibat dengan acara akhir balapan. Kalo setakat nak tengok je tapi anak2 tak terlibat, mungkin taklah aku pergi kot. Iyalah dengan cuaca yang panas terik...memang tak kuasalah aku. Anak2 aku pun dah hitam semuanya gara2 sibuk dengan aktiviti sukan. Yang si adik takpelah gelap pun kulit dia taklah sehitam abangnya..yg si abang kalo amik gambar malam2 nampak biji mata je putih. Lepas sibuk suruh aku cari produk untuk kulit dia. Takpelah abang....hitam pun ibu tetap sayang..
Sessi memanaskan badan bersama coach peribadi. Ayahnya yang lebih excited sebab katanya dulu dia Olahragawan sekolah. Sapa yg sama sekolah dgn En Suami tu maybe tau sbb aku sekolah kat Kuantan.

Seawal pagi dah sampai. Mau tak awal anak2 sampai tak  lena tidur penangan Hari Sukan. Aiman pulak pukul 3 pagi dah terbangun katanya. Dah tak boleh tido, habis semua buku dia baca. Kot ulangkaji bagus jugak..ni duk baca komik.


Sebagai tanda sokongan terhadap anak2..ibu memakai tudung ungu
Sempat berkelah di tepi padang sebelum acara bermula

Aiman dah moody sebab aku duk melepak sekali kat rumah sukan dia. Aku nak amik gambar pun dia tak nak pusing. AJK rumah sukan kenalah masuk perbarisan kan.

My anak buah
Last2 aku lari ke khemah VIP sebab kat situ je yg ada kipas.
That was my girl...1st runner



Berwefie selepas kemenangan acara 4X25m Darjah 3

Anak2 buah aku...3 dan 5 dari kiri. Second place 4X25m Darjah 3 jugak
 Muhammad Alif Irfan
 Danish Nur Hakimin


 2 beradik nie mmg kuat berlari..Danish & Dania Nur Qistina
 Masing2 kepenatan dan kelaparan. Yang paling penting masing2 bawak pingat kecuali peserta perbarisan.

Tahniah buat semua anak2 dan anak2 buahku. Tahun depan kita berlari lagi. Kalau korang perasan diaorng nie semua rumah sukannya sama sebab kat sekolah nie boleh pilih rumah sukan sendiri. So, untuk memudahkan Atuk menghantar dan menjemput kalau ada latihan sukan waktu petang kenalah pilih rumah sukan yang sama. Kalau tak...pitam Atuk duk susun jadual korang kan. Sekian, saya melaporkan.