nuff

Friday, 3 April 2015

BANDUNG - PART 4

Entry kali nie agak panjang sebab baaaaaaanyak sangat gambar. Tabahlah ye..harap2 aku tak lupa nak citer apa yg patut sebab waktu kejadian dh lama sangat berlalu..

Anak dan bapak yang pantang tengok buah...

Awal2 lagi mmg aku dh plan nak nak pergi Tangkuban Perahu. Tapi bila dh sampai sana rasa malaslah pulak sbb memikirkan jugak bayaran yg agak mahal. So ke area2 situ jugak sbb nak bawak budak2 nie naik kuda kat De Ranch Lembang. Ala2 pekan koboi...tapi tutuplah pulak.

Hasil carian imej untuk de ranch bandung

Rombongan kami terus menuju ke Lembang Floating Market @ Pasar Terapung. Tiket masuk IDR10,000 termasuk minuman. Kat dalam tu disediakan minuman samada sejuk @ panas, so pilih aje nanti. Waktu aku sampai hujan renyai2..manja2 aje gitu..so mmg tak dapat sangatlah nak menghayati keindahan alam semulajadi kat sini.






 Kat sini banyak game untuk budak2..tapi kena bayarlah ya. Anak2 aku n anak buah aku siap berlumba lagi bawa beca nie. Sampai beca pun boleh terbalik...ha..ha..nampak sangat excited bebeno.















Ini budak tak makan saman..iya2 nak naik bot. Aku pulak yg seram takut diaorg buat hal macam naik beca tadi. Boleh bayangkan kalo kat bot tu terbalik...




Suara diaorg je kedengaran duk terjerit2..last2 aku pun menjerit sama sbb tetiba hujan lebat pulak. Risau lak aku.



Dah penat mengayuh jom makan dulu. Kat sini dingin dan beringin je, mmg cepat rasa lapar. Nak membeli kat sini kena tukar duit kepada cip..urusniaga tidak melibatkan wang tunai.





Yang dikatakan Pasar Terapung ialah seperti dalam gambar Puan Blog. Semua makanan dijual diatas bot @ sampan.
Tetiba makan pisang cheese terasa sedap pulak..selalu tak heran pun. Lepas makan terus ke lokasi seterusnya. Sebenarnya tak habis lagi teroka tempat nie, tapi sebab cuaca tak mengizinkan so terus ke Kampung Daun.
 Kalah artis K-Pop korang bergambar ye. Terteleng2 kepala.

 Artis K-Pop in action
Amboi..jauh bebeno Abah..

Percubaan untuk nampak sebagai menantu yang manja disisi ibu mertua tidak menjadi lantaran sifat pemalu ibu mertuaku.





Order Teh O panas..amik kau dapat seteko sorang.
Nasi Ayam Penyet...tak dapat menikmati makanan dengan sebaiknya gara2 diserang ulser mulut. Dahlah makanan kat Bandung semuanya podeh2.


Kesimpulannya...makanan sedap..suasana mendamaikan..siap ada air terjun..sejuk..nyaman..boleh baring2 sementera tunggu makanan. Sangat selesa..tapi kalo nak makan kat Bandung nie..jgn order Teh O sebab rasa dia lain macam sangat. Potong selera nak makan..dan yg paling penting nak bagitau kat sini agak mahallah sikit...



Dapat jugak budak2 nie naik kuda. Borak2 dengan seorang kakak kt restoran tu dia cakap naiklah kuda kat luar tu IDR20,000. Tapi bila kitaorg pergi org tu nak caj IDR30,000. Wah..nak markup harga pula...nasib baik dah tauu..
Pastu Pak Supir bawak kitaorg jalan2 sekitar kampung. Kat area sini mmg banyak nursery...aishh..En Suami dah rambang2 mata duk tengok bonsai.
Request Pak Supir bawak tempat yg ada jual lukisan






Aku pun dah tak ingat yang mana satu kitaorg beli. Tapi En Suami mmg minat gambar ikan nie dan aku pulak pilih lukisan abstark. Nanti bila dah framekan aku tunjuk ye.



And this is Puan Belog punya choice

Balik tu sempat juga ke Toko Tiga. Org cakap jeans murah...tapi bila dicompare2 lebih kurang jek. Murah lagi kot kat Kajang. Sepanjang kat Bandung nie aku mmg buat nota kecik siap2 yg convert Rupiah ke RM supaya tak tertipu..he..he...