nuff

Sunday, 26 April 2015

BANDUNG - FINAL ENTRY

Last entry utk Bandung. Terhegeh2 nak habiskan citer kan. Sedar-sedar dah nak balik Malaysia dah. Ehh..tacing pulak kan..Memanglah rasa tak puas lagi sebab rasa macam ada jee benda nak beli lagi. Nasib rupiah dah nak habis...So pukul 9 terus check out...breakfast pun tak sempat terus ke airport. En Suami pulak dari malam terbersin2 terus demam pulak. So sampai sana, terus wrap beg dengan baki duit yg ada. Risau gak beg bolos sebab terlebih muatan main sumbat2 je kasi penuh. kitaorg pergi breakfast dulu..org demam tak nak pergi sebab dah tak larat katanya. So makan depan airport je..kat situ banyak kedai makan. 


Eh..nampak manja lak Atuk. Susah nak tengok Atuk senyum kalau bergambar

Lepas makan terus masuk balik ke airport. Kesian kat org demam..makan tak nak..minum tak nak asik terbersin je.  
Orang demam moody je
Yang nie kepenatan sungguh. Flight dah touch down pun masih berdengkur.
Alhamdulillah selamat sampai ke Malaysia akhirnya. In Shaa Allah, kalau ada rezeki boleh pergi lagi...kot. Cuma yang tak syok bila balik kena tahan pulak sebab katanya had pembelian per person ialah sepasang kasut, sebiji handbag dan 3 pasang kain @ baju. Aishh...bengang pulak kitaorg mendengarnya...kalau nak beli banyak tu je baik ke Masjid India or Jalan TAR je kot..Takpelah pengalaman dan peringatan untuk kitaorg kot supaya lebih alert di lain kali..Apa2 pun yg penting dapat berseronok dan bergembira dengan famili yang lebih utama...kan..