nuff

Monday, 2 March 2015

WEDDING HALIM & IZZATY

Ahad lepas berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan Halim & Izzaty di Kompleks Sukan TNB, Jln Bangsar. Berpusing2 jugak nak mencari..maklumlah dah lama tak jalan2 kat KL.


Selamat Pengantin Baru buat Halim & Wifey..Selamat melayari alam rumahtangga yang penuh dengan warna-warni, suka dan duka. Belajarlah menerima kelebihan dan kekurangan masing2 kerana dalam perkahwinan kita sentiasa belajar dan berhadapan dengan perkara2 baru. Toleransi dan kepercayaan antara satu sama lain paling penting. Semoga perkahwinan yang dibina memberikan kebahagiaan yang berpanjangan dan berkekalan hingga ke Jannah. Amin...


A part of team JUPEM. Yang lain ramai yang dah balik. En Suami bila jumpa kawan2 biasalah...borak tak habis2.

Balik tu singgah lagi ke IOI Mall, Putrajaya. Alang2 dah lalu singgah terus...lagipun mmg berhajat nak cari barang2 deko rumah kat Homepro. Pusing2 eehh..lapar pulak. Masuk TESCO nak cari roti kopi. Haritu dah beli sedap dan murah. Sekali tinggal seketul je. Yg si Aiman asal dtg sini je sentap nak main ice skating. Sabarlah nak...lain kali ye.. Sekali tgh pusing2 kat situ nampak adik manis ni buat pizza. Iskh..panas2 pulak..terus je order makan kat situ. Murah pun murah RM9.90 jek sekeping. Bolehlah alas perut.


Our choice is Chicken Pepperoni. 
Si budak yang sentap tu nak makan aiskrim, nampak sekali dia hadap semangkuk besar. Katanya takde yg kecik. Suka hatilah malas nak layan..sentap lagi susah. Jalan pun malas duk seret je kaki. Geram pulak menengoknya.
Ibu..tengok Syira makan..tertarik2 cheese dia. Abaikan org belakang tu...kesian pulak duk tunggu turn nak membayar. Bagilah muka sikit..baru nak makan pizza nie..kan dan makan 2 ketul donat tadi...Ehhh...terpecah rahsia pulak.