nuff

Sunday, 8 March 2015

PULLMAN KAMI DATANG - PART 2

Pagi2 dah standby nak pg breakfast. Janji nak breakfast ngan famili kakak ipar 8.30 pagi. Selalu dia berjanji mmg ontime. Sekali dia pulak yg lambat. Dah turun bawah malas nak naik lagi. So bergambarlah dulu kat bawah.




 Masing2 mata sembap
 Syira Elsa tgh merajuk. Berebut tab dengan abang. Tab dia dh rosak pulak.
 Nak makan pun susah. Kena beratur panjang sbb coffee house full. Tapi nasib baik tak lama duk menunggu.

Lepas makan terus turun kat bawah sebab ada Games Room & Kids Room. Geng budak2 kecik masuk Kids Room dulu. Kat sini pun ada disediakan basikal untuk disewa. Tapi mahallah sikit.

 Seriau jugak nak masuk Games Room. Ingatkan yg macam kat shoping mall tu. Jangkaanku meleset sama sekali.  Kat situ ada pingpong table, karom, snooker dan yang paling penting free of charge. I like...



Pastu cepat2 ke Marina sebab nak naik cruise katanya. Sekali pergi tgk kat kaunter takde orang. Panggil punya panggil..rupa2nya nak naik cruise kat Masjid Putra. Mentionlah awal2..takpun letak notis kat situ. So tak jadilah naik cruise sbb cam terkejar2 masa sbb geng2 lelaki nak solat Jumaat pulak. Amik gambar jelah ..
Ptg ke IOI Mall pulak. Ingat nak tgk wayang tapi show kul 7 lebih...tak ngam pulak timing dia. So cuci mata ajelah kat situ.
 Muka masing2 dh moody nak berskating tak dapat. Sabar nak ooi...aritu kan dah main.

 Ajak bergambar semua tak nak nengok kamera dah...proteslah tu
Hari ke 3 bangun cepat sbb malas nak beratur panjang kat Coffee House. Makan pun tak kenyang sbb budak2 sibuk nak berendam lagi.

Ist round

 2nd round



 
Mandilah puas2 sebelum check out. Balik tu singgah Nilai 3  sbb nak survey barang2 dan kedai frame. Ada painting yg beli kat Bandung nak diframekan. Biasa buat kat Chow Kit..harga dia murah sangat compare kedai cermin or frame kat Seremban. Amboi...panas sangat cuaca kat Nilai 3. Apa yg dicari tak ditemui sbb duk sibuk melayan anak2 nak beli mainan. Tak faham betul ngan En Suami aku tu...anak dh besar kot nak disogokkan dgn mainan2 nie. Malas aku layan. Tapi berjaya jugak diaorg pau En Suami. Balik dari bercuti terus aku demam. Eloklah tu...terus tersambung cuti hari Isnin tu. Nasib badan.....